15 Jun 2012

Warna dan hari




Sekadar berkongsi cerita dengan kawan-kawan.
Pesanan dan teguran  daripada lect. bila kami mula melentuk 
menunggu jam 10.00 malam.
Andai dah tahu, bacalah suka-suka.
Andai ingin mencuba, silakan ...


Isnin= putih
Pilihlah pakaian berwarna putih untuk memulakan hari ini.  
Ianya mempunyai tenaga luar biasa untuk memulihkan tenaga dan mood hari Isnin. 
 Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetus idea baru. 
dimana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.
Bunga berwarna putih lebih mekar pada hari ini...sila perhatikan.


Selasa=merah jambu
Merah jambu, satu warna lembut, romantis dan menyegarkan. 
 Mempunyai tenaga menyeimbangkan emosi anda.  
Hari untuk meluahkan rasa kasih sayang.  


Rabu=biru
Biru adalah lambang penyembuhan serta dikaitkan dengan keberkesanan  komunikasi. 
 Untuk hari ini, ia meransang kelenjar tiroid 
dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. 
 Hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap,
 berhujah dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 'percakapan'


Khamis=kuning
Pakailah pakaian yang berwarna kuning atau jingga.
  Ia adalah kategori warna yang penuh godaan membara dan keceriaan. 
 Warna ini dikatakan mampu merangsang sistem penghadaman dan lambang kesuburan.


Jumaat=hijau
Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan mendamaikan kepada sesiapa sahaja.  
Warna hijau mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru.  


Sabtu=merah
Pakailah pakaian berasaskan warna merah.  
Hari untuk berhibur bersama rakan dan keluarga.  
Warna merah akan menyemarakkan mood anda.  


Ahad=hitam
Warna yang mampu menyimpan tenaga sepanjang enam hari anda. 
 Elegan dan mempunyai tarikan tersendiri kepada pemakainya.
  Hari Ahad pula ialah hari yang sesuai untuk beristirehat dan bermalas-malasan di rumah.  


Pakailah seadanya.
Jangan pulak sedondon dari atas sampai ke bawah
hingga menjadi bahan gelak orang.
Pakailah mengikut kesesuaian tempat dan usia.
Paling penting menutup aurat.



Sekadar peringatan:
Setiap hari baharu bermula selepas Maghrib



kehilangan jaket biru saya
...sayang amat.
-amaza479-

No comments:

Post a Comment