12 Jun 2012

...jauhi ia


Sila pilih satu daripada bahan-bahan  berikut:
batu
besi
kayu
Sila lukis bahan tersebut mengikut imaginasi atau pemahaman kamu.
Sila gunakan tangan yang berlawanan daripada biasa yang kamu gunakan.
Sekiranya menulis menggunakan tangan kanan - tukar tangan kiri
Sekiranya menulis menggunakan tangan kiri - tukar tangan kanan.
Ambil masa lebih kurang 15-20 minit
Pilih bahan sebelum membaca kenyataan di bawah...jangan tipu diri sendiri yaa
Mulakan.


Sekiranya kamu memilih:

 batu
kamu seorang yang stabil, 
boleh mengawal emosi dengan baik, 
kurang alami stres

 kayu
sukar bergerak sendiri, 
memerlukan orang sekeliling, 
terlalu bergantung kepada orang lain

besi
orang yang suka bersendirian, 
boleh mengawal emosi sendiri, 
tidak suka campur tangan orang lain


Sebenarnya bukan cantik atau kesempurnaan yang diminta dalam aktiviti ini.
Ianya cuma meminta tumpuan sepenuhnya.
Sukar bukan menggunakan tangan yang bukan kebiasaan.
Kamu cuba bersungguh-sungguh dan dalam masa 15-20 minit itu
kamu telah berjaya melupakan sesuatu 
yang menjadi tekanan untuk kamu walaupun untuk sementara.
Hindari stres untuk hidup yang lebih ceria.
Senyum sayang...




ingin berlagu bersama kamu lagi...
-amaza479-

No comments:

Post a Comment