12 Jun 2012

AGP 2

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.  Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.  Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa , saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.


Objektif
1.  Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
2.  Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
3.  Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.


Tidak semua kanak-kanak ini diraikan sempena hari lahir mereka. 
 Tidak semua juga dilahirkan untuk menikmati kesenangan dan kemewahan.  
Berapalah sangat harga sebiji kek
 jika dibandingkan dengan ingatan ibu bapa tentang hari lahir anak-anak mereka.  
Cuba congak sendiri, ingatkah kamu semua tentang hari-hari bererti ini.
  Kadang-kadang ingatan itu perlu dizahirkan 
supaya suatu hari nanti ada orang lain mengingati kamu sebagaimana kamu mengingati mereka.
Lihatlah wajah-wajah ceria disini
guru-guru juga tidak terkecuali...
Selamat Hari Lahir Sayang.




Anak-anak Januari





Anak-anak Februari





Anak-anak Mac





Anak-anak April





Anak-anak Mei





tetap sayang...
-amaza479-

No comments:

Post a Comment