21 Jun 2012

Makanlah ...



Kuliah dua minggu sahaja tapi berat badan  macam naik berkg.
Terasa berat sendiri..... heeee
Sarap, makan tengah hari, minum petang dan makan malam,
kalau ikut betul bukan sekilo dua  je...sepuluh kg pun jadi tu..
Ohh ya, sampai jam 10.00 malam pun masih mengunyah,  untuk menongkat mata supaya tidak tertutup.
Jajan bagai-bagai.
Jom puasa....




Tabiat Pemakanan Orang Yang Cemerlang
a.  Makan 70% makanan mentah seperti ulam, buah-buahan dan sayuran
     serta 30% makanan yang telah dimasak.
b.  Banyakkan pengambilan makanan seperti sayuran, bijirin,
     buah-buahan dan kekacang.
c.  Ambil secara sederhana makanan seperti daging dan ayam.
d.  Elakkan daripada makan organ dalaman haiwan.
e.  Kurangkan makanan yang diawet, makanan ringan, lemak, gula dan garam.



klik

Tips Makanan Minda
a.  Minum air putih 8 gelas sehari.
b.  Susu segar atau susu kacang soya.
c.  Madu lebah.
d.  Kismis
e.  Kekacang seperti pistacio, badam dan sebagainya.



...awak, kalau awak demam ke, sakit ke
makan ubat ya
saya jauh....

-amaza479-

18 Jun 2012

Gurindam



Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama.
Gurindam dikatakan berasal dari perkataan India
dan dibaca dengan lagu tersendiri 
dan berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair Melayu. 
Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat
dan kebiasaanya mempunyai rima akhir yang sama.



Antara gurindam yang termasyhur ialah
 Gurindam Dua Belas Yang Pertama

Barang siapa tidak memegang agama
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama

Barang siapa mengenal yang empat
Maka itulah orang yang ma'rifat

Barang siapa mengenal Allah
Surah dan tegahNya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang Bahri

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudarat.





Contoh gurindam yang telah dilagukan
dari filem Gurindam Jiwa.


assg.  BMM 3114
-amaza-

15 Jun 2012

Warna dan hari




Sekadar berkongsi cerita dengan kawan-kawan.
Pesanan dan teguran  daripada lect. bila kami mula melentuk 
menunggu jam 10.00 malam.
Andai dah tahu, bacalah suka-suka.
Andai ingin mencuba, silakan ...


Isnin= putih
Pilihlah pakaian berwarna putih untuk memulakan hari ini.  
Ianya mempunyai tenaga luar biasa untuk memulihkan tenaga dan mood hari Isnin. 
 Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetus idea baru. 
dimana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.
Bunga berwarna putih lebih mekar pada hari ini...sila perhatikan.


Selasa=merah jambu
Merah jambu, satu warna lembut, romantis dan menyegarkan. 
 Mempunyai tenaga menyeimbangkan emosi anda.  
Hari untuk meluahkan rasa kasih sayang.  


Rabu=biru
Biru adalah lambang penyembuhan serta dikaitkan dengan keberkesanan  komunikasi. 
 Untuk hari ini, ia meransang kelenjar tiroid 
dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. 
 Hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap,
 berhujah dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 'percakapan'


Khamis=kuning
Pakailah pakaian yang berwarna kuning atau jingga.
  Ia adalah kategori warna yang penuh godaan membara dan keceriaan. 
 Warna ini dikatakan mampu merangsang sistem penghadaman dan lambang kesuburan.


Jumaat=hijau
Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan mendamaikan kepada sesiapa sahaja.  
Warna hijau mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru.  


Sabtu=merah
Pakailah pakaian berasaskan warna merah.  
Hari untuk berhibur bersama rakan dan keluarga.  
Warna merah akan menyemarakkan mood anda.  


Ahad=hitam
Warna yang mampu menyimpan tenaga sepanjang enam hari anda. 
 Elegan dan mempunyai tarikan tersendiri kepada pemakainya.
  Hari Ahad pula ialah hari yang sesuai untuk beristirehat dan bermalas-malasan di rumah.  


Pakailah seadanya.
Jangan pulak sedondon dari atas sampai ke bawah
hingga menjadi bahan gelak orang.
Pakailah mengikut kesesuaian tempat dan usia.
Paling penting menutup aurat.



Sekadar peringatan:
Setiap hari baharu bermula selepas Maghrib



kehilangan jaket biru saya
...sayang amat.
-amaza479-

12 Jun 2012

...jauhi ia


Sila pilih satu daripada bahan-bahan  berikut:
batu
besi
kayu
Sila lukis bahan tersebut mengikut imaginasi atau pemahaman kamu.
Sila gunakan tangan yang berlawanan daripada biasa yang kamu gunakan.
Sekiranya menulis menggunakan tangan kanan - tukar tangan kiri
Sekiranya menulis menggunakan tangan kiri - tukar tangan kanan.
Ambil masa lebih kurang 15-20 minit
Pilih bahan sebelum membaca kenyataan di bawah...jangan tipu diri sendiri yaa
Mulakan.


Sekiranya kamu memilih:

 batu
kamu seorang yang stabil, 
boleh mengawal emosi dengan baik, 
kurang alami stres

 kayu
sukar bergerak sendiri, 
memerlukan orang sekeliling, 
terlalu bergantung kepada orang lain

besi
orang yang suka bersendirian, 
boleh mengawal emosi sendiri, 
tidak suka campur tangan orang lain


Sebenarnya bukan cantik atau kesempurnaan yang diminta dalam aktiviti ini.
Ianya cuma meminta tumpuan sepenuhnya.
Sukar bukan menggunakan tangan yang bukan kebiasaan.
Kamu cuba bersungguh-sungguh dan dalam masa 15-20 minit itu
kamu telah berjaya melupakan sesuatu 
yang menjadi tekanan untuk kamu walaupun untuk sementara.
Hindari stres untuk hidup yang lebih ceria.
Senyum sayang...




ingin berlagu bersama kamu lagi...
-amaza479-

AGP 2

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.  Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.  Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa , saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.


Objektif
1.  Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
2.  Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
3.  Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.


Tidak semua kanak-kanak ini diraikan sempena hari lahir mereka. 
 Tidak semua juga dilahirkan untuk menikmati kesenangan dan kemewahan.  
Berapalah sangat harga sebiji kek
 jika dibandingkan dengan ingatan ibu bapa tentang hari lahir anak-anak mereka.  
Cuba congak sendiri, ingatkah kamu semua tentang hari-hari bererti ini.
  Kadang-kadang ingatan itu perlu dizahirkan 
supaya suatu hari nanti ada orang lain mengingati kamu sebagaimana kamu mengingati mereka.
Lihatlah wajah-wajah ceria disini
guru-guru juga tidak terkecuali...
Selamat Hari Lahir Sayang.




Anak-anak Januari





Anak-anak Februari





Anak-anak Mac





Anak-anak April





Anak-anak Mei





tetap sayang...
-amaza479-

4 Jun 2012

remember me...



-I will remember you-

walau di mana kamu berada 
ingat saya...

-beijing ke,  ichikawa-shi, chiba ke, dubai ke,  hanoi ke,
 turki ke, umrah ke,
semenanjung ke, sabah sarawak ke-



walau di mana saya berada
saya ingat kamu...

at dewan peperiksaan ipg
kampus Temenggong Ibrahim...aaaahhhh



tasbih itu pertemuan kita...
-amaza479-