29 Jun 2013

Selamat Ulang Tahun




090713
selamat ulang tahun ...long
sepotong kek aje...dari dapur sendiri
cubit sikit-sikit eh cukup-cukup untuk 365 hari
jangan besar-besar lagi
tabah hadapi hidup ini
~sg~


Berikut adalah kajian yang dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Fadhilah Kamsah.
Mungkin ada benar dan salahnya mengikut individu.
Tidak salahkan untuk kongsi-kongsi dan dipanjang-panjangkan.
Bacalah...


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang lain dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplin diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selesema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang kepada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar.
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh temeh.
Suka berkawan tapi kurang suka mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalam bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk)
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Cerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu.

MEI

Keras hati dan tegas.
Kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati dan perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental dan fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem penafasan.
Suka sastera, seni dan muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros.

JUN

Berfikiran jaun dan berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersifat sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersifat terlalu memilih dan mahukan yang terbaik.
Cepat marah dan cepat sejuk.
Suka bercakap dan berdebat.
Suka buat lawak dan bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan dan pandai berkawan.
Seorang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selesema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap  terlalu memilih dan cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji dianggap musuh.
Sesiapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didampingi.
Banyak berahsia dan sukar dimergerti terutama lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tidak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.*
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.*
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Berjanji tapi sukar menepati. *
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh temeh.
Membimbing secara fizikal dan mental. *
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa kepada semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.*
Suka muhasabah diri.
Suka mengenang perisitiwa lama atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri. *
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut. *
Mudah gemuk kalau tak kawal diet. *
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja.

OGOS

Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas dan bersifat kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah dan bersifat ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah dan mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemikiran yang tajam dan teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin dan dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang..
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti dan teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati.
Sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Seorang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak dan mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan dan melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jalan tengah.
Sangat menawan dan sopan santun.
Kecantikan luar dan dalam.
Tidak pandai berbohong dan berpura-pura.
Mudah merasa simpati, baik dam mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan dan pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera dan seni.
Pengasih, penyayang dan lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati dan cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Seorang yang adil.
Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea dalam banyak perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra.
Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendakan sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tidak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendakan sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Berfikiran logik.



masa kita semakin sedikit
...tak mampu untuk menahannya.

-amaza81-








No comments:

Post a Comment