21 Jun 2013

JEREBU



23 Jun 2013
11.00 pagi
di Selat Tebrau berlatar belakangkan Temasek yang berbalam-balam


Apakah JEREBU

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. dan terapung-apung di udara.  Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan aktiviti manusia.  Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.  Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


Punca-punca JEREBU
Pembakaran secara terbuka
Asap dari kilang
Asap dari kenderaan


Tanda dan gejala kesan JEREBU kepada kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan
 kepada jerebu termasuklah :

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkonng dan batuk-batuk
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
Hidung berair dan kerap bersin
Mata terasa pedih dan berair
Kulit badan tersa gatal-gatal
Terasa sakit dada


Cegahlah penyakit akibat JEREBU
Hendaklah segera ke klinik jika mengalami batuk, selesema, asma, sakit mata, 
sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi 
hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Gunalah penutup hidung (nasal mask)
Kurangkan aktiviti di luar rumah
Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah
 kepada JEREBU dengan air bersih.
Sentiasa minum air kosong dengan banyak


Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) 
dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan 
iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara 
dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :

0-50 - Baik
51-100 - Sederhana
101-200 - Tidak Sihat
201-300 - Sangat Tidak Sihat
301-500 - Berbahaya

Sila ikuti perkembangan semasa melalui media massa untuk mengetahui tahap
 JEREBU di tempat anda dan makluman cuti sekolah untuk para pelajar (hehehe)


JEREBU  mengancam kesihatan anda
Keadaan JEREBU yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk
 kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi  iaitu :

Kanak-kanak
Orang tua
Pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru jantung dan alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar bangunan




sumber
Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar
Kementerian Kesihatan Malaysia
-amaza85-

No comments:

Post a Comment