GURU : Membina Ilmu
Menyempurnakan Akhlak
YANG KAU PANGGIL GURU
Bukan senang mengurus pembalut, kertas dan kotak,
Lebih sukar mengurus fe'el dan otak,
Nak suruh jadi helang, jangan terkurung macam katak,
Nak suruh menang,jangan kalah dan ditetak
Bila digertak, aku suruh diam engkau diam,
Bila kita bergurau kau lupa rajukku semalam,
Bukan satu hari, bukan satu minggu,
Ia kekal begitu selagi kau belajar di situ.
Tekak sampai serak curah ilmu dan didik adab,
Ramai jadi pandai tapi ada yang biadab,
Adakah kerna berjaya peperiksaan dapat keraian,
Sedang adab pula tiada dalam ujian?
Datang sekolah tiada niat untuk capai kejayaan,
Langkah dan mendengar sekadar rutin harian,
Suka dan ketawa siap main-main bagi salam,
Padahal aku semalam sampai tak sempat makan malam.
Biar aku membebel, biar telinga berkarat,
Aku cuma mahu kau berjaya dunia dan akhirat,
Biar aku hidup dipanggil 'bengong' dipanggil 'babi'
Asal suatu hari, matiku mati Murobbi.
SALAM FAROUQ,
Syafiq Fadeli, 17 Mei 2014
-amaza-
No comments:
Post a Comment