14 Aug 2015



Catatan yang tidak dibuka
Catatan yang tidak dibaca
Antara ada dan tiada
Diam ...

-amaza-





9 Aug 2015

... DIA

Menjelang esok ...




Waktu-waktu yang semakin sedikit ...

-amaza-




18 Jul 2015

Syawal 1436






Salam Idil Fitri
Taqobbal Allahu Minna wa minkum


-amaza-


9 Jul 2015

22 Ramadan 1436H



620907065153

.......apa yang paling menakutkan  ketika bulan Ramadan,
saat kamu sedar yang hakikat kejahatan,
datang daripada diri kamu,
bukan daripada syaitan.....

dr anwar fazal



cepat @ terlewat
kita tahu
-amaza-

3 Jun 2015

As you retire



Hajah Noorhaliza bt Ayob
GPK Hal Ehwal Murid SKTU 2
28 Oktober 1962 - 28 Mei 20015








As you retire,
Know that we will miss you,
Every day, we will feel a gap,
An empty space in our lives,
That used to be filled,
With the pleasure of seeing you.






As you retire,
Look back on your major accomplishment,
The lives you touched, influenced,
and improved forever.






As you retire,
Know how important you are to everyone,
A gem, a unique treasure,
That we could never replace.






As you retire,
Be fulfilled,
be happy,
be at peace,
You deserve it.



...hilang dimata, 
dihati tidak akan lupa ...
-amaza-


13 May 2015

SELAMAT HARI GURU


GURU : Membina  Ilmu 
Menyempurnakan Akhlak




YANG KAU PANGGIL GURU

Bukan senang mengurus pembalut, kertas dan kotak,
Lebih sukar mengurus fe'el dan otak,
Nak suruh jadi helang, jangan terkurung macam katak,
Nak suruh menang,jangan kalah dan ditetak

Bila digertak, aku suruh diam engkau diam,
Bila kita bergurau kau lupa rajukku semalam,
Bukan satu hari, bukan satu minggu,
Ia kekal begitu selagi kau belajar di situ.

Tekak sampai serak curah ilmu dan didik adab,
Ramai jadi pandai tapi ada yang biadab,
Adakah kerna berjaya peperiksaan dapat keraian,
Sedang adab pula tiada dalam ujian?

Datang sekolah tiada niat untuk capai kejayaan,
Langkah dan mendengar sekadar rutin harian,
Suka dan ketawa siap main-main bagi salam,
Padahal aku semalam sampai tak sempat makan malam.

Biar aku membebel, biar telinga berkarat,
Aku cuma mahu kau berjaya dunia dan akhirat,
Biar aku hidup dipanggil 'bengong' dipanggil 'babi'
Asal suatu hari, matiku mati Murobbi.


SALAM FAROUQ,
Syafiq Fadeli, 17 Mei 2014


-amaza-



22 Mar 2015

PPDa '15





Minggu Anti Dadah '15

Tema:
'Gaya Hidup Sihat Amalan Kita'
2014-2015

Rasional

1. Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang patut dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara.
2. Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.
3. Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program Pendidikan Dadah yang terancang dan bersepadu.






Program 5 minit

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid-murid sekolah.  Ini amat membimbangkan kerana pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan semakin bertambah.  Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat.  Oleh itu, program ini dilaksanakan di sekolah untuk memberi kesedaran kepada murid betapa bahayanya dadah dalam kehidupan seharian.










Pertandingan mewarna dan melukis poster

1. Menggalakkan murid meningkatkan pengetahuan tentang bahaya dadah.
2. Menyedarkan murid tentang bahayanya dadah.
3. Mencungkil dan mengasah bakat seni di kalangan murid.
4. Menggalakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.






Pertandingan Deklamasi Sajak

1. Menerapkan nilai murni dan menyampaikan mesej anti dadah bagi melahirkan masyarakat      
    penyayang melalui karya kreatif khususnya puisi/sajak.
2. Menyampaikan mesej PPDa melalui karya kreatif dan penghayatan melalui pendeklamasian sajak.
3. Mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam karya kreatif dan pendeklamasian sajak.


-amaza5052-



7 Mar 2015

Program Guru Penyayang '15


RASIONAL

Pelaksanaan Program Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru-guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah dan secara tidak langsung dapat mewujudkan rasa ambil berat terhadap pelajar bukan sahaja dari segi akademik malahan sahsiah dan kebajikan pelajar.

Antara aktiviti Program Guru Penyayang yang diadakan pada tahun ini.
Semoga semua panjang umur.
Semoga semua dimurahkan rezeki.
Semoga semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Sayang semua.






                                     

Selamat Hari Lahir Januari






Selamat Hari Lahir Februari






Selamat Hari Lahir Mac





                                         

Selamat Hari Lahir April





                                   

Selamat Hari Lahir Mei






Selamat Hari Lahir Jun






Selamat Hari Lahir Julai





                               

Selamat Hari Lahir Ogos




                               

Selamat Hari Lahir September




Selamat Hari Lahir Oktober




                             

Selamat Hari Lahir November






                                

Selamat Hari Lahir Disember



untuk semua
ambillah satu ..


bimbang tak berkesempatan ...
-amaza-