Rasional
1. Yakin bahawa murid-murid mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya jika diberi dorongan dan bimbingan secara berterusan.
2. Percaya bahawa murid-murid mampu mencapai keputusan yang baik jika dibimbing dan dipantau khususnya oleh ibu bapa.
Sebahagian ibu bapa dan para guru semasa program dialog
dijalankan di Dewan Ibnu Sina.
dijalankan di Dewan Ibnu Sina.
Selepas perbentangan program oleh guru, diadakan juga ceramah keibubapaan
oleh Pn Hjh Syarifah Madinah bt Wan Ahmad.
Sesi 1
Sementara ibu bapa berdailog, murid-murid Tahun 6 mendengar ceramah daripada Panitia Bahasa Melayu di Makmal Komputer sekolah. Ceramah disampaikan oleh Puan Hjh Alinah Tamat seorang penanda kertas Bahasa Melayu UPSR.
Guru-guru memberi penerangan target subjek UPSR 2014. Memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju dan matlamat yang ingin dicapai kepada ibu bapa.
Sesi kedua
Motivasi Kendiri yang dikendalikan oleh En Sani bin Hj Ahmad bersama-sama fasi2 yang lain.
Penuh semangat dan sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator.
Best sangat dapat hadiah ini setelah bersusah payah. Sila simpan rahsia ini dan apabila merasai manisnya racun itu, ingatilah kami ....
Sesi memberus terus menerus dijalankan. Air mata bukan ukuran rasa insaf tapi hakikat menilai sendiri 'siapa diri ' ...
Tamat sesi Semut Gila. Sangat gila dengan gelak tawa dan air mata ...sangat mudah kamu eh
Surat untuk ayahanda bonda tercinta. Pertama kali dalam hidup.....luahkan. Emmm sedih cikgu tengok orang nangis
Aha...pertemuan yang dirancang atau tidak dirancang....Sesekali dapat juga merasa duduk diriba ibu bagai dulu ...
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya ayah
Berkorban nyawa...
Anak ayah kena kuat..
Ayah-ayah cool je ...heee
Ibu-ibu angkat yang menerima anak-anak dengan
rasa sebak. Di mana ayah dan ibu kami......cikgu
Ada ketika kasih sayang perlu dinyatakan supaya mereka mengetahui. Sedetik akan diingati seumur hidup...
Aku Janji UPSR
Saya dengan ini berikrar dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai target A bagi semua mata pelajaran.
Bagi mencapaI target ini saya akan:
1.Belajar bersungguh-sunguh.
2.Menuruti nasihat dan ajaran guru serta ibu bapa.
3.Mematuhi peraturan sekolah.
4.Tidak mengulangi kesalahan lalu.
Mereka yang berada dibarisan belakang.
andai tidak boleh menjadi garam yang menghilangkan bau,
usahlah menjadi langau yang berterbangan
-amaza91-
No comments:
Post a Comment