Sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011, Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 diberikan kepada semua murid di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi meringankan beban kewangan ibu bapa / penjaga pada awal sesi persekolahan secara one off untuk tahun 2012 dan dilanjutkan hingga ke tahun 2013.
Objektif :
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.
Kelayakan :
1. Murid warganegara Malaysia di sekolah-sekolah rendah dan menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.
2. Murid Tahun 1 (SR) hingga Tingkatan 5 (SM) pada tahun semasa.
3. Murid Pra-Sekolah akan terima pada bulan Januari setelah masuk Tahun 1.
Sebagai menepati janji
Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan
21 Januari 2013 di SK Taman Universiti 2, Skudai Johor.
Penyerahan replika cek RM52,100.00 oleh YB ADUN Nusajaya
Dato Abd Aziz bin Sapian
kepada Guru Besar SK Taman Universiti 2, En Mohd Ali bin Sukor
dan diiringi oleh YDP PIBG sekolah En Abd Karim bin Abd Aziz.
Penyerahan cek kepada wakil-wakil kelas RM100
Penyampaian bantuan beg sekolah kepada murid-murid berkenaan
sebagai buah tangan peribadi YB Dato Abd Aziz
Ibu bapa sabar menunggu giliran mengambil wang bantuan untuk anak masing-masing
Sebahagian ibu bapa / penjaga di dalam kelas
Kenalah isi beberapa butiran dalam dokumen yang telah disediakan
(penerimaan @ penolakan)
Paling penting tandatangan ibu bapa / penjaga yang sah.
Yang ini antara calon ibu bapa yang tidak layak menerima bantuan
Sorry boss heehe ....terbaik
anak-anak adalah anugerah,
tanggungjawab,
bukan beban
-amaza85-
No comments:
Post a Comment