22 Jan 2013

BR1M - 2013


Sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011, Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 diberikan kepada semua murid di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi meringankan beban kewangan ibu bapa / penjaga pada awal sesi  persekolahan secara one off untuk tahun 2012 dan dilanjutkan hingga ke tahun 2013.


Objektif :
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

Kelayakan :
1.  Murid warganegara Malaysia di sekolah-sekolah rendah dan menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.
2.  Murid Tahun 1 (SR) hingga Tingkatan 5 (SM) pada tahun semasa.
3.  Murid Pra-Sekolah akan terima pada bulan Januari setelah masuk Tahun 1.




 Sebagai menepati janji
Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan
21 Januari 2013 di SK Taman Universiti 2, Skudai Johor.


Penyerahan replika cek RM52,100.00 oleh YB ADUN Nusajaya
 Dato Abd Aziz bin Sapian
 kepada Guru Besar SK Taman Universiti 2, En Mohd Ali bin Sukor 
dan diiringi oleh YDP PIBG sekolah En Abd Karim bin Abd Aziz.


Penyerahan cek kepada wakil-wakil kelas RM100


Penyampaian bantuan beg sekolah kepada murid-murid berkenaan 
sebagai buah tangan peribadi YB Dato Abd Aziz






 Ibu bapa sabar menunggu giliran mengambil wang bantuan untuk anak masing-masing


Sebahagian ibu bapa / penjaga di dalam kelas 


Kenalah isi beberapa butiran dalam dokumen yang telah disediakan
(penerimaan @ penolakan)



 Paling penting tandatangan ibu bapa / penjaga yang sah.


Yang ini antara calon ibu bapa yang tidak layak menerima bantuan
Sorry boss heehe ....terbaik


anak-anak adalah anugerah,
tanggungjawab,
bukan beban
-amaza85-

16 Jan 2013

My Endless Love




Ada hal-hal yang tidak ingin
kita lepaskan
tapi melepaskannya bukan akhir dari dunia
melainkan suatu awal kehidupan baru
kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti
mereka yang telah dan tengah mencari
dan mereka yang telah mencuba
kerana
merekalah yang bisa menghargai
betapa pentingnya orang yang telah
menyentuh kehidupan mereka.

-kahlil gibran-


-amaza85-



13 Jan 2013

...masih



Sedang menghabiskan bab-bab terakhir novel lama
halaman 1313....
mampu
tidak mampu

...hakikatnya aku masih belum boleh pergi,
 masih ada tanggung jawab,
 sarat simpati yang melukakan hati
dan bauan kasih yang masih mewangi...








-amaza85-

5 Jan 2013

Kerendahan Hati



Apabila ada ruang dan peluang....
segalanya menjadi beku dan kosong.
Benar kata-kata pensyarah - .stres boleh memacu kamu menjadi lebih ke hadapan...
Kadang-kadang.


Dari catatan seorang rakan.
Kita kongsi bersama eh...
Sebab saya suka.


Kerendahan Hati

Kalau engkau tak mampu menjadi beringin
yang tegak di puncak bukit
Jadilah belukar,
tetapi belukar yang baik,
yang tumbuh di tepi danau.

Kalau kamu tak sanggup menjadi belukar,
Jadilah saja rumput,
tetapi rumput yang memperkuatkan tanggul pinggiran jalan.

Kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya
Jadilah saja jalan kecil,
Tetapi jalan setapak yang membawa orang ke mata air.

Tidaklah semua menjadi kapten
tentu harus ada awak kapalnya...
Bukan besar kecilnya tugas 
yang menjadikan tinggi rendahnya nilai dirimu

Jadilah saja dirimu...
Sebaik-baiknya dari dirimu sendiri.

Taufiq Ismail


masih semalu
-amaza85-