9 Nov 2012

akar...




Hukum alam mengajarkan,
apa yang kita tabur,
entah disengaja atau tidak,
diingati atau telah dilupakan sekian lama,
entah bila-bila pun...

suatu masa nanti,
kita pasti akan menuai hasilnya,
samada baik atau buruk,
samada manis atau masam,
samada suka atau tidak,
samada kuning, merah, putih atau hitam ...

ambillah sebiji mangga sebagai contoh,
sama sahaja dari pandangan mata
tapi kualiti membezakan
rasa, dan aroma...

begitu juga insan,
sama sahaja lelaki dan perempuan,
tapi kualiti mental yang positif menentukan keberhasilan mereka,
perbaiki sikap,
perhalusi budi pekerti,
jaga kebersihan hati...

-amaza85-



No comments:

Post a Comment