11 Aug 2012

mencari lailatul qadar...



Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar :

1.  Udara dan suasana pagi yang tenang.
2.  Cahaya mentari cerah, tidak terik pada keesokan harinya.
3.  Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan,
     tidak ada angin kencang,
     dan tidak ada  yang dilempar pada malam itu dengan bintang
     ( lemparan meteor kepada syaitan).
4.  Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya beribadat,
     ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah
     tidak seperti malam-malam lainnya.




 Formula Malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali (sumber tidak pasti)
 Jika Awal Ramadan (1 Ramadan) jatuh pada hari :

1.  Ahad atau Rabu
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan.
2.  Isnin
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadan.
3.  Selasa atau Jumaat
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadan
4.  Khamis
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25 Ramadan.
5.  Sabtu
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23 Ramadan


Usah menanti dan menunggu,
carilah bersungguh-sungguh...
-amaza-


No comments:

Post a Comment