26 Aug 2012

bukan tali sepatu...


Antara dua, 
kita mesti memilih hanya satu sahaja.
Pilih yang mencintai atau yang dicintai.
Kebahagiaan dan kesempurnaan hidup akan berjalan 
mengikut takdir  yang telah lama ditentukan.
Takdir Allah Taala.

Pesan seorang rakan satu ketika dahulu :
( maaf sehingga hari ini, kamu tidak tahu, kepada siapa kamu lepaskan dia, 
demi siapa - bukan dia )

ikatan yang kamu bina ini
bukan seperti mengikat tali sepatu
lerai sahaja apabila terasa sakit
longgarkan apabila terasa beban
bukakan tatkala tidak suka...

tapi:
ikatlah rapi-rapi
ikatlah mati
supaya redha Allah bersamamu
sebagaimana niat kamu awal-awal dulu - coy
























yang mencintai...
-amaza85-

15 Aug 2012

selamat hari raya...




Selamat Menyambut Syawal yang Mulia
buat semua rakan taulan
meski di mana berada :

rakan-rakan PGSR/IPG - Kampus Temenggung Ibrahim,
teman-teman dan anak didik  di SKTU 2 Johor Bahru,
anak-anak buah dan semua yang tersayang
nori, zam, tara, ina, haridan, ahmad, wan, maliah.......
-rindu-





selagi roh bertaut cintaNya
maka dirasakan rahmatNya tidak pernah putus-putus...


balik pahang wehh...
-amaza85-



11 Aug 2012

mencari lailatul qadar...



Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar :

1.  Udara dan suasana pagi yang tenang.
2.  Cahaya mentari cerah, tidak terik pada keesokan harinya.
3.  Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan,
     tidak ada angin kencang,
     dan tidak ada  yang dilempar pada malam itu dengan bintang
     ( lemparan meteor kepada syaitan).
4.  Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya beribadat,
     ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah
     tidak seperti malam-malam lainnya.




 Formula Malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali (sumber tidak pasti)
 Jika Awal Ramadan (1 Ramadan) jatuh pada hari :

1.  Ahad atau Rabu
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan.
2.  Isnin
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadan.
3.  Selasa atau Jumaat
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadan
4.  Khamis
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25 Ramadan.
5.  Sabtu
     Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23 Ramadan


Usah menanti dan menunggu,
carilah bersungguh-sungguh...
-amaza-


5 Aug 2012

Nuzul Al-Quran


17 Ramadan 1433H
6 Ogos 2012




Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhamad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap 
sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan tahun ke-41 
daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW ketika baginda beribadat di Gua Hira, 
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.


Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhamad SAW 
maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam
 terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.


Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi   Muhamad SAW 
melalui perantaraan Malaikat Jibril , lima  ayat pertama daripada surah Al-Alaq

-en wikipedia-



Selamat bercuti kepada rakan-rakan yang berada
di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Selangor.
-baca Al-Quran
-kemas rumah
-buat biskut raya
-cari baju raya
-cat rumah
-potong rumput
-lap cermin tingkap
-jaga lembu
-kutip sawit
-jahit baju 
-tidur

-amaza-

3 Aug 2012

diam ...



hanya
baca sahaja   
lihat sahaja 
dengar sahaja 
senyum sahaja
-diam-




pesan dari seorang rakan 
juga kata-kata Imam Syafie:


mengkritik
 tidak bererti menentang,

bersetuju
 tidak bererti menyokong,

menegur
 tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat,
adalah kawan berfikir yang baik.









api amarahmu  membunuh jiwa ...
-amaza-