8 May 2012

mak saya...


Tidak perlu menunggu hari-hari istimewa untuk mengingati emak kita.
Emak sentiasa ada dihati kita walaupun tidak disisi kita.
Bahagialah sesiapa yang masih dapat menatap wajah emak setiap hari.
Meskipun di mana....emak tiada gantinya...tetap dihati...tetap dihati....



Hjh Mariam bt Abu Bakar
Insan yang mengandung dan melahirkan saya.  
Saya dari rahim emak. 
 Satu-satunya anak yang dapat menikmati susu emak tanpa susu lembu. 
 Emak kata, saya anak yang baik dari kecil...
diam dan tidak banyak karenah.
.. dewasa pun saya tetap baik. 
(ahh kamu senyum mengejek ...diam ahh)


Hjh Saedah bt Abd Rahman
Insan yang menjaga saya tatkala masalah menimpa.
Selalu berlembut dengan saya.  Selalu bercerita dengan saya.
Sentiasa memasak sedap-sedap untuk saya
Adik-adik selalu marah kalau emak ikut cakap saya.
Hahahaha


Hjh Meriam bt Muda
Emak yang pernah saya cium pipi dan tangannya.
Pernah merasa air tangannya.
Kita banyak bercakap melalui pandangan mata .
Saya masih ingat renungan itu.
Syurga dibawah kaki emak .... maaf
(ada orang perasan mak sayang dia lebih, 
eleh sekadar belikan emak ikan sekilo dua pun bising, 
saja nak suruh mak masakkan lauk kegemaran dia)
emak ingat saya juga
 - saya ingat -


Hjh Sailah bt Maulud
Terima kasih kerana melahirkan anak emak untuk saya.
Melahirkan dia untuk mendidik saya menjadi manusia yang mengingatiNya
Kita hanya kenal melalui foto, cerita dan pusara.
Kami sentiasa mendoakan emak sejahtera disana.
Anak emak sangat baik.


Hjh Jamirah bt Amran
Emak yang menyambut saya dengan tangan terbuka.
Sentiasa menyayangi saya.
Sentiasa menunggu kedatangan saya.
Emak uzur sekarang.
Semoga Allah memberi kekuatan untuk mak menjalani sisa-sisa kehidupan ini.


Hjh Jamaliah bt Abd Wahab
Satu-satunya bonda saya.
Satu-satunya insan yang mengetahui perjalanan hidup saya.
Satu-satunya insan yang mampu memarahi saya hingga kini.
Dari dulu pun nasihat bonda saya ikut kalau suka
atau  diamkan saja kalau sebaliknya.
Bonda, izinkan saya untuk terus mengadu bagai-bagai.
Saya anak yang degil...
Heee





~ rindu simpan di dada ~
-amaza479-

No comments:

Post a Comment