26 May 2012

warna mana...



-pesan-pesan kita-


suka si biru yang tiba-tiba memercik warna
tenang dan sejuk
teringin mencuit kamu sekali sekala
apakan daya...


suka si merah yang terbang bebas
ceria bagai rerama 
teringin berpaut di lengan kamu
jangan...
kita bukan macam dulu


suka amat si kuning yang redup mesra
tabah dan ikhlas
bersandarlah...
supaya tidak rebah


ah keliru....
si putih tiba-tiba hilang arah
bicara dan laku bercanggah
nafsu atau sunnah
aku tunduk...malu
diamlah air mata


si oren
pimpinlah
jangan dipimpin
langkah kamu
pesan aku dulu-dulu - ingati



rindu bayangmu, aku jadi pilu ...ir
-amaza479-


24 May 2012

...sedekah




senyum pun sedekah
-rindu amat-


Kata ulamak
Sedekah itu ada 10 kepujian
Lima di dunia dan lima di akhirat.


5 di dunia
-  mensucikan hartanya
- mensucikan badannya
- menolak bala dan penyakit
- menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin
  adalah semulia-mulia amal.
- berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya.



5 di akhirat
- dinaungkan Allah orang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas.
- ringan hisabnya
- berat timbangannya (amalan) di akhirat
- mudah melalui titi sirotulmustaqim
- bertambah darjatnya di dalam syurga.




...satu masa nanti
kau akan mengerti, apa maksudku...
-amaza479-





-

8 May 2012

mak saya...


Tidak perlu menunggu hari-hari istimewa untuk mengingati emak kita.
Emak sentiasa ada dihati kita walaupun tidak disisi kita.
Bahagialah sesiapa yang masih dapat menatap wajah emak setiap hari.
Meskipun di mana....emak tiada gantinya...tetap dihati...tetap dihati....



Hjh Mariam bt Abu Bakar
Insan yang mengandung dan melahirkan saya.  
Saya dari rahim emak. 
 Satu-satunya anak yang dapat menikmati susu emak tanpa susu lembu. 
 Emak kata, saya anak yang baik dari kecil...
diam dan tidak banyak karenah.
.. dewasa pun saya tetap baik. 
(ahh kamu senyum mengejek ...diam ahh)


Hjh Saedah bt Abd Rahman
Insan yang menjaga saya tatkala masalah menimpa.
Selalu berlembut dengan saya.  Selalu bercerita dengan saya.
Sentiasa memasak sedap-sedap untuk saya
Adik-adik selalu marah kalau emak ikut cakap saya.
Hahahaha


Hjh Meriam bt Muda
Emak yang pernah saya cium pipi dan tangannya.
Pernah merasa air tangannya.
Kita banyak bercakap melalui pandangan mata .
Saya masih ingat renungan itu.
Syurga dibawah kaki emak .... maaf
(ada orang perasan mak sayang dia lebih, 
eleh sekadar belikan emak ikan sekilo dua pun bising, 
saja nak suruh mak masakkan lauk kegemaran dia)
emak ingat saya juga
 - saya ingat -


Hjh Sailah bt Maulud
Terima kasih kerana melahirkan anak emak untuk saya.
Melahirkan dia untuk mendidik saya menjadi manusia yang mengingatiNya
Kita hanya kenal melalui foto, cerita dan pusara.
Kami sentiasa mendoakan emak sejahtera disana.
Anak emak sangat baik.


Hjh Jamirah bt Amran
Emak yang menyambut saya dengan tangan terbuka.
Sentiasa menyayangi saya.
Sentiasa menunggu kedatangan saya.
Emak uzur sekarang.
Semoga Allah memberi kekuatan untuk mak menjalani sisa-sisa kehidupan ini.


Hjh Jamaliah bt Abd Wahab
Satu-satunya bonda saya.
Satu-satunya insan yang mengetahui perjalanan hidup saya.
Satu-satunya insan yang mampu memarahi saya hingga kini.
Dari dulu pun nasihat bonda saya ikut kalau suka
atau  diamkan saja kalau sebaliknya.
Bonda, izinkan saya untuk terus mengadu bagai-bagai.
Saya anak yang degil...
Heee





~ rindu simpan di dada ~
-amaza479-

4 May 2012

BIG 6


3 Mei 2012
BIG  ke-6 Penanda Aras SBT
SK (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru.



 Sila baca untuk mengetahui kenapa sekolah ini sentiasa 
menjadi penanda aras kecemerlangan sekolah-sekolah di Johor Bahru
"SIGS  THE BEST' - yupp


 Taklimat oleh guru besar dan guru-guru cemerlang SIGS
KO senyumlah..

 Bilik/sudut khas
Galeri sejarah - semua sekolah di Johor Bahru sedang sibuk menyediakan galeri masing-masing- pemantauan Mei ini

 Bilik Kemahiran Hidup. landskap, dan bilik air murid 
yang sedang dibaik pulih - juga akan dipertandingkan

 Sudut khas, bilik B&K, dan dewan terbuka.

 
Bilik mesyuarat dan bilik komputer

 Sudut PPDa - ada di semua sekolah 
kecuali tali gantung (seram jugak)

Pergerakan guru-guru pelatih PGSR IPTI
Jgn marah saya - sedang bertugas ni...

 Posing lagi
Ambil gambar dan diambil gambar ...ezannnn

 Hahaha, comel noriah,com, ezan,dila, dan ana
Penyampaian cenderamata tanda ingatan.

 Orang kuat SIGS- terima kasih puan hjh.
dan guru-guru PGSR
dimanakah kaum adam ketika ini...

Makan tengah hari ditaja oleh McD Angsana Johor Bahru
dan dibayar dengan duit poket sendiri ....
tunggakan belum dapat aaah...



-apa yg mereka ada, kita ada, apa yg mereka buat, kita buat,
cuma yang membezakannya
sungguh2 dan kesungguhannya-

selalu ingat 
-amaza479-