22 Mar 2015

PPDa '15





Minggu Anti Dadah '15

Tema:
'Gaya Hidup Sihat Amalan Kita'
2014-2015

Rasional

1. Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang patut dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara.
2. Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.
3. Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program Pendidikan Dadah yang terancang dan bersepadu.






Program 5 minit

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid-murid sekolah.  Ini amat membimbangkan kerana pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan semakin bertambah.  Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat.  Oleh itu, program ini dilaksanakan di sekolah untuk memberi kesedaran kepada murid betapa bahayanya dadah dalam kehidupan seharian.










Pertandingan mewarna dan melukis poster

1. Menggalakkan murid meningkatkan pengetahuan tentang bahaya dadah.
2. Menyedarkan murid tentang bahayanya dadah.
3. Mencungkil dan mengasah bakat seni di kalangan murid.
4. Menggalakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.






Pertandingan Deklamasi Sajak

1. Menerapkan nilai murni dan menyampaikan mesej anti dadah bagi melahirkan masyarakat      
    penyayang melalui karya kreatif khususnya puisi/sajak.
2. Menyampaikan mesej PPDa melalui karya kreatif dan penghayatan melalui pendeklamasian sajak.
3. Mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam karya kreatif dan pendeklamasian sajak.


-amaza5052-



No comments:

Post a Comment