10 Sept 2013

Majlis Serah Ilmu 2013

Antara objektif program ialah :

1.Menggalakkan murid dan guru bersyukur diatas nikmat ilmu pengetahuan yang di anugerahkan oleh Allah kepada kita.
2.Memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya restu guru bagi mendapat keberkatan dalam pemilikan ilmu pengetahuan.



Bismillahirramanirrahim
Dengan ini kami guru SK Taman Universiti 2,
mengikhlaskan segala ilmu yang telah diajarkan,
dan segala apa jua ajaran yang telah disempurnakan kepada kamu, murid-murid Tahun 6 untuk diamalkan, diambil ikhtibar dan dimanfaatkan kerana Allah Taala.
Kami juga dengan ikhlas hati memaafkan segala kesalahan yang dilakukan dan mendoakan agar semua murid mendapat ketenangan semasa menjawab soalan UPSR dan seterusnya berjaya dengan cemerlang. Aamiin.



Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan ini kami murid Tahun 6,
SK Taman Universiti 2,
menerima segala ilmu yang telah diajarkan,
dan segala apa jua ajaran yang telah disempurnakan kepada kami,
untuk diamalkan,
diambil ikhtibar,
dan dimanfaatkan,
kerana Allah Taala.









Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku memohon kepadaMu,
ilmu yang bermanfaat,
amalan yang diterima,
rezeki yang bagus (baik).












Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari ilmu yang bermanfaat,
hati yang tidak khusyuk,
doa yang tidak didengar (makhbul)
dan amalan yang tidak dinaikkan (diterima)




Ya Allah,
sinarilah hati dan minda mereka dengan kefahaman dan ingatan yang baik.  Mudahkan mereka memahami apa yang disampaikan olehku serta berkatilah mereka





Ya Allah,
kami pelajar memohon limpah rahmat dan belas kasihanMu agar dikurniakan kepada guru kami, umur yang panjang dan rezeki yang luas.

  

sibongsu ke-92 ....heee
semoga beroleh kejayaan yang cemerlang


~amaza91~


No comments:

Post a Comment