15 Mar 2013

MAULIDUR RASUL 1434/2013


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH
9 MAC 2013

Tema 1434/2013
'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'
-wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, 
mengukuhkan ikatan dalam kehidupan 
dan menjadikan Islam teguh di mata dunia-


Bersedia untuk perarakan sejak awal pagi lagi dengan berpakaian berwarna warni
-meriah-



Berarak sambil melafazkan selawat atas junjungan Nabi Muhamad SAW diketuai oleh Ustaz Azan, Ustaz Ariffin , guru besar dan YDP PIBG serta guru-guru.....




Melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan perjuangan baginda pada hari kelahiran baginda ......



Untuk mengenang, menghargai serta mengambil ikhtibar kisah suka duka perjuangan Rasulullah SAW


Penat berarak dapat pulak menghilangkan haus dengan air sirap selasih yang disediakan oleh guru-guru....nyaman


Bersama-sama bungkusan nasi beriani yang akan diagihkan kepada semua pelajar.  Tahun ni berkat kita agak lumayan berbanding tahun-tahun lalu dan sangat sedap....ohh cikgu-cikgu yang masak dengan penuh kasih sayang....



Berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Abd Hamid bin Marekee  sempena majlis sambutan malidur rasul


Adik Mohd  Shahir bin Sulaiman, Johan Tilawah Al-Quran peringkat zon Gelang Patah dan Naib Johan peringkat daerah Johor Bahru sedang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran


Kumpulan nasyid yang sangat berbakat sedang melagukan nyanyian mereka 'Ya Hanana'.  Kredit kepada cikgu Sani Ahmad yang bertungkus lumus mengajar mereka.

Ketua kendarat sedang memerhati para pekerjanya
'cukup cikgu jangan risau ea'



Rewang dari petang hingga ke pagi tapi tetap maintain dengan senyuman.  Tambah 10 markah utk prestasi  tahun ni....



Orang-orang kuat di belakang bangunan yang menyediakan bungkusan nasi beriani untuk anak-anak didik sekalian...







Rewang - kerja tolong menolong  memotong daging, bawang, sayur, nanas beramai-ramai meringankan kerja-kerja tukang masak nanti.  Mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan sekerja.






Basuh daging dan ayam bersama-sama.  Huhhh baby pun teringin posing hari ni.


Nabi SAW pernah berkata
'Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku'


Pada tangan/jari ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur.
Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.









bismillah
Siapa yang mengamalkan sunnah akan mendapat 2 keuntungan
1. Pahala yang berlipat ganda
2. Keberkatan
ya ustaz?


-ya robbi, sudilah pandang kami... -
-amaza85-

No comments:

Post a Comment