6 Oct 2012

kentang, tepung, telur bakar


5 Oktober 2012 - 6 Oktober 2012
Inilah wakil unit beruniform Bulan Sabit Merah. 
Muka-muka ceria - penat setelah selesai menyediakan masakan rimba ala U2
dalam aktiviti hari kedua Perkhemahan Unit Beruniform 2012
Sedap apa.... jom kita belajarrrrrrrr


Dibekalkan beberapa batang mancis, arang dan habuk kayu.  
Peserta dikehendaki menghidupkan api untuk memasak kentang, tepung dan telur.  
Gunakan kemahiran yang telah dipelajari 
untuk menyiapkan hidangan dalam masa 2 jam. 
 Cikgu sepatutnya tengok aje....tapi tak sampai hati lak
Tengok muka-muka tuuuuuu..
nah amik daun kering ni .......





Mula-mula letak tepung atas daun pisang, Kosongkan ditengah-tengah dan isikan air. Kamu guna air apa eaa?. Gaul sebati, belasah je dua-dua tangan dan uli sampai lembut........ 






Tepung yang dah diuli, dibulat-bulatkan mengikut saiz kentang dan telur. Bungkus kentang dan telur menggunakan doh tadi - rapi-rapi.  Yeehhh dah siap satu bab....





Ehhh ada lagi, buatkan bentuk tocang untuk tepung bakar pulak. Tocang macam tocang rambut kamu heeee. Yang lebih lilit pada ranting kayu, bentuk ikut suka hati....macam lastik pun bolehlah asal siap.......



Kemudian bakarlah bahan-bahan tadi. 
Pastikan masak untuk hidangan tengah hari...hohohoho.  
Nasib ada abang koboi yang berpengalaman datang membantu... 
Bakar  nak,  apa semua yang ada . 
Guna bara, bukan  api yang menyala oiii.....




Wah  telur dan kentang bersalut tepung siap untuk dimakan.  
Sedap aja kamu ya.......
Cikgu try rasa........yummmyyyyyyyy 





Haaa, ini aktiviti semasa menunggu masakan siap.  Suka hatilah nak panjat pokok....bila lagi kan. Cikgu tak marah hari ni.........
Syyyh....... ada rasa macam anak tarzan takkkk........






Masih sesi cuba rasa....sedap kan.  Telur macam rasa telur...kentang macam rasa kentang bakar.  Tepung bakar pun sedapppppppp? Air tangan satu Malaysia.........


me
-amaza85-

3 comments: