14 Jul 2012

Ramadan 1433


Menjelang Ramadan...

"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa 
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Al-Baqarah :183


long...
kalau mak masakkan lompat tikam ni nanti,
simpankan untuk aku sikit
puasa tahun lepas pun kamu makan sendiri jee...
(jangan lupa kisar beras rendam, tak suka tepung beras kat kedai tu)



Kelebihan dan keistimewaan
Ramadan

1.  Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah 
(puasa, tarawih, sedekah, iktikaf, doa, munajat, tadarus dan sebagainya)

2.  Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji pelepasan dari api neraka.

3.  Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dan sebagainya 
serta dapat meningkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan dan sebagainya.

4.  Bulan di dalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

5.  Bulan permulaan Al-Quran diturunkan.

6.  Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.

7.  Bulan syaitan diikat dan dibelenggu.

8.  Bulan pahala dan ibadah dilipatgandakan. 
 Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardu,
 dan amalan fardu pahalanya digandakan sehingga 700 kali ganda.


selamat berpuasa
jangan culas bangun sahur ya...
-amaza-

No comments:

Post a Comment