19 Mar 2012

PPDa


19-23 Mac 2012
Aktiviti Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012

TEMA
SEKOLAH BEBAS DADAH 2012

MISI
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan
Pogram Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
yang mantap dan bekesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Silakan...

AJK pameran.... sian helwa, sampai demam-demam
demi negara ...


Lakon semula
-ada gaya-

Pelancaran program oleh Pn Hjh Noorhaliza bt Ayob
GPK HEM

Bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas SK Taman Universiti 2
bersama orang kuat PPDa sekolah
(sabar je nasy.)

Bahawa sanya kami rakyat Malaysia berikrar:
.....
.....
.....
(gbr ni gelap tapi saya suka cahaya matahari itu)


Penyampaian hadiah pertandingan mewarna, melukis poster
dan menulis sajak
oleh Tn Hj Ibrahim bin Ali Guru Besar SKTU 2

...antaranya lukisan-lukisannya
(penat nak masukkan semua, sila lihat di papan pameran-sorry eea)
-terima kasih marina mohd yusof-


Ceramah oleh Pn Zaliha Kastamam
Guru Cemerlang/Pakar
...inhalan ialah bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap
... apabila dihidu atau disedut menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang minda.

...ianya boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti
paru-paru, hati, buah pinggang,darah dan sum-sum tulang

Peserta kuiz
...pelarut mudah meruap termasuklah
cat, bahan pelindung fabrik, minyak petrol, gam, cecair pemadam, dakwat pen dll

...bahan gas termasuklah
produk kegunaan rumah seperti pemetik api yang berisikan gas butana,
tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon.

...bahan nitrit termasuk
sikloheksil nitrit, amil nitrit, butil nitrit
yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar udara.

Puisi dari guru-guru PROSIDAR

..bersatu melakar wajah
menempa sejarah - wana

...akan ku rentas belantara kehidupan
akan ku dukung cita-cita menggunung - mizi

Koir Tahun 5 yang dipimpin oleh
Pn Nurul Hilda Adila
dan koir Tahun 6 yang dipimpin oleh
Pn Alinah Tamat


Ceramah oleh Ustaz Ariffin bin Ali
Dadah Dari Sudut Agama
"...dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan"
-surah Al-Baqarah ayat 195

...kala mata terbuka
tanamkan dalam minda kamu
sematkan dalam diri kamu - islah



jauhi dan dekati mereka ...



buat baik jangan sekali
tapi berkali-kali...
-amaza-

No comments:

Post a Comment