31 Dec 2012

selamat datang 2013





Doa tahun baharu persekolahan bersama-sama guru besar baharu.
Moga 2013 sekolah, guru-guru dan anak didik lebih cemerlang. 
Amin.


Doalah setiap waktu:

Ya Allah,
Jangan Kau pisahkanku dari RahmatMu,
Aku memohon kepadaMu ya Allah,
Kau tetaplah imanku di sepanjang waktu,
Kau jadikanlahku diantara hambaMu yang soleh,
Jauhkanlah aku dari segala godaan syaitan dan kemegahan dunia,
dan Kau peliharalah zuriatku dan keturunanku,
dari tipu daya syaitan,
dan jadikanlah anak-anakku, anak-anak didikku,
 di kalangan mereka yang soleh dan solehah,
dan Kau ampunilah dosa-dosaku,
dosa-dosa suamiku,
dosa-dosa isteriku,
dosa-dosa anak-anakku,
dosa-dosa ibu bapaku, ibu bapa mertuaku,
dosa-dosa saudaraku yang telah meninggal dunia,
dan Kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telah pun suci dari segala dosa-dosa,
yang kelihatan dan tidak,
yang disengaja dan tidak,
yang disedari dan yang tidak,
Amin ya Rabbal A'lamin.


-amaza85-

20 Dec 2012

...akhirnya di sini



nov2008-dis2012
untuk adik beradik
romai, aris, saiful, rahman, rashid, latif, ismadi, katni, rahim, mokhtar, 
ezan, nori, ana, com, ila, dila, zu, ani, mahani, piah, ha, nishak, aida, mas,


kek ulang tahun ke-4
kuliah pgsr/bm ipg-kti
ditaja oleh romaizi n ezan


barisan ketua opsyen bersama tutor/penyelia kesayangan
en khushari bin fadzal
sentiasa senyum dan membantu
anggaplah kita potong kek bersama-sama setiap tahun
tuan, kita berkongsi hari dan bulan kelahiran...



dewan jamuan kami
sila-silakan


antara pensyarah yang sudi hadir majlis kami
terima kasih


pn wan dan pn syikin yang comel


ibunda ketua jabatan
pn hjh hamidah binti musa
menjaga kami dari sem 1 hingga tamat


jemput makan


ya, memang sedap...
durian crepe dan cheese cake tu
yummy


 adinda bertiga
ezan, nori dan ana
ketua penanggah


 terima kasih
budi puan kami ingati...


alahai, tak ada pun yang nak peluk abang
hehehe


oop blm sedia lagi


memang kanak-kanak ceria


kenang-kenangan bersama pensyarah
dan rakan kuliah


masih ingin berbuai bersama-sama...


akhirnya di sini
terima kasih kepada ibu ayah yang banyak mendoakan
suami dan anak-anak yang sabar melayan karenah
sahabat tersayang
marina mohd yusuf, norizan md tahir, noor syana kzaman, maza
yang banyak membantu buah fikiran, mata, jari dan telinga
-allah yang balas-





semoga bertemu nanti
-amaza85-

15 Dec 2012

kepompong...



dunia yang indah
-jaga diri-


~sarah~
Usah terlalu mengeluh apabila masih berada di dalamnya...
Terbaik untuk kamu
Perlindungan untuk menjadi mereka yang lebih tabah di alam ini
Bila terbang nanti menjadi rama-rama nan cantik...

Pernahkah membaca cerita ini :
tentang ahli-ahli enthomologi yang melakukan penyelidikan 
terhadap dua kepompong rama-rama yang akan menetas

Pemerhatian
Kepompong pertama dibiarkan mengerahkan seluruh tenaga untuk keluar
Dibiar berusaha dengan kudrat dan peraturan semulajadi...
Akhirnya kepayahannya menghasilkan rama-rama yang dapat terbang dengan sayap yang cantik dan kuat.

Kerana kasihan
Kepompong kedua dibantu dengan menggunting sedikit lapisannya
Rama-rama baru dapat keluar dengan mudah
namun ia hanya merayap lemah
tidak mampu terbang selayaknya....sayapnya tidak mengembang

Kesenangan tidak menjanjikan kejayaan
Kesulitan adalah nikmat dan hikmah
senyum...




suka lagu ini
-amaza85-


1 Dec 2012

penantian...



~ andai tiba-tiba bahumu terasa berat,
akulah itu yang kadang-kadang tumpang bersandar ~



`

-amaza85


19 Nov 2012

senja berulang rindu


Senja berulang rindu
Dan ku sebut namamu
Dalam suara yang bisu
Engkaukah itu

Dan ku ulang kembali
Sewaktu dalam sunyi
Nyanyian kata hati
Rindukah itu

Biarkan kemesraan berlalu
Bersama kesunyian yang padu
Akan ku sebut namamu selalu
Namun ada rindu yang lebih dari itu

Kasih di mana janji
Dan kau teruskan lari
Dari ku yang menanti
Engkau kah itu...



membesar bersama-sama lagu-lagu allahyarham
suka amat
jom berlagu bersama
aku rindu

-amaza85-


9 Nov 2012

akar...




Hukum alam mengajarkan,
apa yang kita tabur,
entah disengaja atau tidak,
diingati atau telah dilupakan sekian lama,
entah bila-bila pun...

suatu masa nanti,
kita pasti akan menuai hasilnya,
samada baik atau buruk,
samada manis atau masam,
samada suka atau tidak,
samada kuning, merah, putih atau hitam ...

ambillah sebiji mangga sebagai contoh,
sama sahaja dari pandangan mata
tapi kualiti membezakan
rasa, dan aroma...

begitu juga insan,
sama sahaja lelaki dan perempuan,
tapi kualiti mental yang positif menentukan keberhasilan mereka,
perbaiki sikap,
perhalusi budi pekerti,
jaga kebersihan hati...

-amaza85-



4 Nov 2012

1434H

Doa akhir tahun
Maksudnya:

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW. beserta para keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkan dengan taubat setelah keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidalah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu, Wahai Tuhan, Wahai Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agong dan Wahai Yang Maha Mulia agar engkau menerima taubatku dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu, Wahai Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.
Amin yaa rabbal'alamin.


Doa awal tahun
Maksudnya:

Bismillahirramanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah Engkaulah Yang Kekal Abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang Agong dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu. Wahai Tuhan Yang Maha Agong dan Maha Mulia. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabat baginda.
Amin yaa rabbal'alamin


-semoga mendapat sesuatu dari kisah yang berlaku-
jom tengok sejarah




-semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam-


-amaza85-

2 Nov 2012

Ada (ii)




Dia hanya angin
yang ada tanpa rupa
ada rasa

bukan guruh
bukan halilintar
yang mendebar dada

tidak juga hujan
bukan salju
...
..
.




yang selalu ada
yang selalu rindu ...

-amaza-


30 Oct 2012

susah dan senang



kita sentiasa diuji
untuk melihat ketaqwaan kepada yang Esa
untuk mengukur sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan





sesetengah orang diuji dengan kesusahan, kedaifan, kesulitan...
berasa kerdil - kita sujud benar-benar
berasa hina - kita tunduk mohon pelindungan
berasa susah - kita sabar dengan dugaan

dan

sesetengah orang diuji dengan kemewahan, harta benda, kesenangan,
kecantikkan, ilmu...
berasa megah- yang menegur dikata lawan
berasa tamak - yang meminta dikata malas
berasa benar - yang naif dikata tidak berusaha
berasa besar- yang kecil diperlekehkan


ambillah satu hari untuk mentelaah diri supaya kita cemerlang apabila
menduduki ujianNya...
-amaza85-



19 Oct 2012

Labbaik Allahumma Labbaik



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad
 mengumumkan bahawa tarikh sambutan Hari Raya Haji tahun ini
 jatuh pada 26 Oktober 2012
 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H
-raya haji, raya korban,aidil adha-


mak, mak de, cik liza, cik isa, ally dan cik din,
muslimin dan muslimat di tanah suci
semoga mendapat haji yang mabrur
-amin-


Amalan-amalan utama sepanjang sepuluh awal Zulhijjah :

a. Zikir
-Subhanallah, Alhamdulillah, Lailah illa Allah, Allahu Akbar

b. Berpuasa
-bermula 1 - 9 Zulhijah bagi yang tidak mengerjakan haji,
dengannya mudah-mudahan Allah ampunkan 
dosa-dosa yang lalu dan tahun kemudian.

c. Amalan lain
-bersedekah, solat sunat, membaca Al-Quran dll

d. Menjauhi maksiat

e. Bertakbir
-bermula sejurus selepas solat subuh hingga hujung waktu Asar
 (hari ketiga Tashriq)

f. Berkorban.
-menyembelih haiwan-haiwan ternakan
  unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri shj





-nanti kita pergi sama-sama ya....doakan-
amaza85

12 Oct 2012

Salamku yang terakhir...


Dalil kematian, maksudnya:
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati,
 kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)



Melalui pembacaan buku-buku dan majalah berbagai kisah tentang pengurusan jenazah diperkatakan. 
Ada bagai-bagai kisah suka, duka, tragis, aneh, mistik yang disentuh.  
Sebagai seorang saudara yang tua, saya pernah tiga kali menolong menguruskan jenazah, seorang kakak ipar yang sulong dan dua orang anak saudara yang pergi akibat kemalangan jalan raya. 
Mencari sesuatu disebalik pemergian itu, dan saya menemuinya. 
Jika kamu belum pernah, cubalah...

Sedikit panduan serba ringkas  di bawah, kena belajar sebenarnya...

Bahan-bahan
Kain kapas, kapur barus, kapas, air mawar, sarung tangan, pacai, putik kapas, daun pandan dll.

1. Letak jenazah mengiring, mengadap kiblat
2.Tutup seluruh jenazah, bahagian muka ditutup  dengan kain kasa.
3.Letak sesuatu yg sederhana berat diatas perut  jenazah bertujuan menjaga dan mengawasi perut  supaya tidak kembung.




Memandikan jenazah
Perbuatan meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah untuk menghilangkan najis dan kekotoran serta mengangkat hadas
-jenazah mengadap kiblat
-tutup tubuh jenazah



-berniat memandikan jenazah
-bersihkan kekotaran yg ada, tekan sedikit perut utk keluarkan najis.
-cuci kemaluan dgn tgn kiri yg bersarung (istinjak)
-bersihkan gigi, mulut,kuku, hidung, telinga 
-siram / ratakan air seluruh anggota badan, bermula dr sebelah kanan  kesebelah kiri sebanyak 3 kali @ 5 kali.








-sebaiknya gunakan air bercampur daun bidara, kapur barus dan sabun.
-akhir sekali siram dengan air mawar
-keringkan badan jenazah dengan tuala perlahan-lahan


(hahaha...model kesejukkan...)








-bentangkan tikar dan susun tali kepala, dada, pinggang, lutut dan kaki.
-letak sehelai demi sehelai kain kapan diatasnya.
-3 helai untuk lelaki dan 5 helai untuk perempuan.









-pada kain kapan kedua dan ketiga tabur pacai yg bercampur kapur barus ditengah-tengah bahagian belakang jenazah.
-bentangkan gamis(jika ada) dan letakkan kapas dan tabur pacai seperti lapisan kedua dan ketiga tadi.



-pakaikan gamis jika ada dan baringkan jenazah di atas kapan
- kedua-dua tangan jenazah diletakkan diantara dada dan pusatnya seperti qiam dalam solat.
-tutup selapis demi selapis kain kapan
-ikat jenazah bersama kapan menggunakan simpul pada kaki, punggung dan dada






Setelah selesai, dijemput waris terdekat seperti isteri, anak-anak dan lainnya untuk memberi penghormatan terakhir.

cara/kaifiat solat jenazah
-niat semasa takbir pertama
-membaca surat al-fatihah selepas takbir pertama
-takbir kedua dan membaca selawat kepada nabi
-takbir yg ketiga dan berdoa untuk simati
-takbir yg keempat
-memberi salam ke kiri dan ke kanan


(siapakah yg akan solatkan kita nanti?)











kerna waktu berputaran
bimbang tak berkesempatan
melahirkan kerinduan terhadapmu....
-amaza85-

10 Oct 2012

my little darling...



swing or swim
don't play play eeea...









I can see a gorilla
Oh, so scary....hehehe


moga jadi anak yg baik
-amaza85-


6 Oct 2012

kentang, tepung, telur bakar


5 Oktober 2012 - 6 Oktober 2012
Inilah wakil unit beruniform Bulan Sabit Merah. 
Muka-muka ceria - penat setelah selesai menyediakan masakan rimba ala U2
dalam aktiviti hari kedua Perkhemahan Unit Beruniform 2012
Sedap apa.... jom kita belajarrrrrrrr


Dibekalkan beberapa batang mancis, arang dan habuk kayu.  
Peserta dikehendaki menghidupkan api untuk memasak kentang, tepung dan telur.  
Gunakan kemahiran yang telah dipelajari 
untuk menyiapkan hidangan dalam masa 2 jam. 
 Cikgu sepatutnya tengok aje....tapi tak sampai hati lak
Tengok muka-muka tuuuuuu..
nah amik daun kering ni .......





Mula-mula letak tepung atas daun pisang, Kosongkan ditengah-tengah dan isikan air. Kamu guna air apa eaa?. Gaul sebati, belasah je dua-dua tangan dan uli sampai lembut........ 






Tepung yang dah diuli, dibulat-bulatkan mengikut saiz kentang dan telur. Bungkus kentang dan telur menggunakan doh tadi - rapi-rapi.  Yeehhh dah siap satu bab....





Ehhh ada lagi, buatkan bentuk tocang untuk tepung bakar pulak. Tocang macam tocang rambut kamu heeee. Yang lebih lilit pada ranting kayu, bentuk ikut suka hati....macam lastik pun bolehlah asal siap.......



Kemudian bakarlah bahan-bahan tadi. 
Pastikan masak untuk hidangan tengah hari...hohohoho.  
Nasib ada abang koboi yang berpengalaman datang membantu... 
Bakar  nak,  apa semua yang ada . 
Guna bara, bukan  api yang menyala oiii.....




Wah  telur dan kentang bersalut tepung siap untuk dimakan.  
Sedap aja kamu ya.......
Cikgu try rasa........yummmyyyyyyyy 





Haaa, ini aktiviti semasa menunggu masakan siap.  Suka hatilah nak panjat pokok....bila lagi kan. Cikgu tak marah hari ni.........
Syyyh....... ada rasa macam anak tarzan takkkk........






Masih sesi cuba rasa....sedap kan.  Telur macam rasa telur...kentang macam rasa kentang bakar.  Tepung bakar pun sedapppppppp? Air tangan satu Malaysia.........


me
-amaza85-

2 Oct 2012

the tiny thimble


Sing with actions
1 Hamka 2012
Caiyook...


 Where is thumbkin?
Where is thumbkin?


 Here he is!
 Here he is!


How are you today, sir?
Very well, I thank you

Run away,
Run away.


my boy

Where is pointer?
Where is pointer?


my little girl

Where is middle man?
Where is middle man?


my sweet girl

Where is ring man?
Where is ring man?



Where is pinkie?
Where is pinkie?

Here he is!
Here he is!

How are you today, sir?
Very well, I thank you

Run away,
Run away.


love you ... sg
-amaza85-