22 Jun 2011

Bak air yang mengalir


Majlis Persaraan
Pn Hjh Haedah bt Hj Sabaran
GPK Kokurikulum SKTU 2
21 Jun 2011


Bak air yang mengalir
Tiba jua kiranya di muara waktu
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku


Tiba waktunya untuk menyusun jemari
Membuang segala kerikil bersalut di hati
yang terkhilaf dimaafi
yang lebih dibahagi
yang kurang dilengkapi
Agar saat perpisahan ini indah
Terlerai segala durja gundah
Tersirna cebisan amarah
Terurai segala yang bercanggah


Bak air yang mengalir
Tiba jua kiranya di muara waktu
Pasti tersisa kenangan yang terindah
Berhias luka tidak berdarah
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu
Kerana sekali dipanggil guru
Selamanya bergelar guru

Selamat tinggal suara-suara ceria
Padang perhimpunan dan dewan perkasa
Bilik darjah dan pembantu ikhlas
Bilik guru dan timbunan buku
Ruang kantin tempat mesra terjalin

Selamat tinggal seribu karenah
Datang dan pergi pelbagai wajah
Bercampur gembira bersisip wajah
Bergema didikan beralas madah
Selamat tinggal sebuah tempat
bernama
sekolah.

- glateh-























Bak air yang mengalir,
Sampai disini kenangan indah pasti terukir.


dimana saya...
-amaza-

No comments:

Post a Comment