1 Jul 2010

email seorang teman

09.07.10
menghitung hari-hari terakhir perjalanan .... siapa mendahului...

Al-Fatihah

7 Perkara ganjil yang
pernah dialami seorang
"Penggali kubur"

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah
menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.

Pada suatu hari, pemuda tersebut
berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadat untuk
menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada
Allah s.w.t

Dia berkata
'Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu,
dan ingin sekali bertaubat.

Yang pertama, aku lihat mayat,
yang pada siang harinya menghadap kiblat,
tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,
aku lihat wajahnya,
telah membelakangkan kiblat.

"Mengapa terjadi begitu,
wahai tuan guru" tanya pemuda itu

"Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang telah mensyirikkan
Allah s.w.t sewaktu hidupnya.
Lantaran Allah s.w.t menghinakan
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat,
bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain"
jawab ahli ibadah itu.

Sambung pemuda itu lagi,
Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok
semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahat. Tatkala malam
hari, ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka
telah bertukar menjadi ****

Mengapakah begitu halnya,
wahai tuan guru?

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan
dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya"

Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisap. Jika sempurna
solat, maka sempurnalah amalan kita yang lain.

Pemuda itu menyambung lagi, ''Wahai tuan guru, golongan yang ketiga
yang aku lihat , pada waktu siang mayatnya
kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam,
kulihat perutnya terlalu gelembungnya,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu"

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,"
balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat," ku lihat mayat, yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t sama sekali tidak redha
kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar
segala isi dari tubuh badannya, " sambung pemuda itu

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan
pertengkaran dan tidak bertegur sapa
lebih daripada 3 hari"

Bukankah Rasullullah s.w.t pernah bersabda,
"Bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi
3 hari, bukanlah mereka termasuk dalam golongan umat baginda"

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siang lahadnya kering kontang. Tatkala malam,
ketika aku menggali semula kubur itu, kulihat
air hitam yang amat busuk baunya."

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba
sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah itu.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat,
mayatnya sentiasa tersenyum, dan berseri-seri pula wajahnya.
Mengapa demikian halnya wahai tuan guru," tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut,
"Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka
beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka."

Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan
disisi Allah s.w.t, baik sewaktu hayatnya
mahupun sesudah matinya.

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali.

Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap
amal yang kita lakukan, hatta walaupun
amalan sebesar zarah.


Thanks
Ihsan/Taiping
amaza48









No comments:

Post a Comment