24 Jul 2014

Aidilfitri 1435H



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.



Dulu, zaman kanak-kanak dahulu, begini kan
kamu, kalian, kami, kita, awak ...

Kini, kad raya
hanya kenang-kenangan yang berbekas di hati ...








tiada hari-hari yang berlalu
tanpa aku merasa rindu ...
-amaza-



20 Jul 2014

Bila waktu telah berakhir ...


Daripada seorang sahabat
kepada semua sahabat :


Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat MATI
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat MATI 
TIDAK mesti SAKIT.

Jangan terpedaya dengan
Harta Kekayaan
Sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kapan
buat dirinya
meski cuma Selembar

Mari Terus berbuat BAIK
berniat untuk BAIK
berkata yang BAIK-BAIK
Meskipun TIDAK  banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dengan Nasihatmu

Cukuplah Allah yang
mengenalimu lebih daripada
orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdegup
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
olehNYA


Sahabatku,
'Waktu yang kusesali adalah
Jika pagi hingga
matahari terbenam,
Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang'

(Ibnu Mas'ud r.a)






-amaza-

8 Jul 2014

6207095052



'Satu demi satu batu binaan umurku jatuh ke tanah
dari sehari ke sehari.
Si lalai yang jiwanya tidur,
runtuh binaannya tiada dia sedari'  -U-MKI









dalam lena dan jaga ...
-amaza-



4 Jul 2014

Kurma oh kurma





Kurma KEBIRUS/U2
Terima kasih kekawan semua


Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
 potasium, vitamin a dan c dan juga niasin.
Lazimnya dimakan di bulan Ramadan
 dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional


Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang berpuasa
 tidak makan selama 12 jam. 
 Kurma menyumbangkan tenaga serta merta kepada si pemakan,
 ia memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan solat fardu dan terawih.


Buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, 
sesuai untuk wanita samada semasa hamil dan selepas bersalin.


Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori,
 setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu.


Makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma,
 kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya
dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang
yang berani dan tidak takut akan kematian


Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh
maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih ??????
heeeh


en google n pn wasap
-amaza-