22 Nov 2014

...








sesekali 
aku masih berpaling
meskipun
bayang-bayang
tidak lagi muncul



-amaza 5052-





5 Sept 2014

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta ...


Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57 Peringkat Sekolah
Majlis Penutupan dan Pelancaran Bulan Kemerdekan 2014


Gimik Majlis Penutupan
ada sedikit kelainan tahun ini
syabas cikgu ...


 Nyanyian lagu-lagu patriotik
oleh semua warga SKTU 2

 Penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai
pertandingan sepanjang Bulan Kemerdekaan

 Penyampaian hadiah kepada guru-guru yang memenangi
pertandingan kereta berhias sempena Bulan Kemerdekaan

Senyum lebar pemenang kelas ceria Bulan Kemerdekaan
Tahap 1 dan Tahap 2

 Keceriaan anak-anak dan guru

 Malaysia
Di sini Lahirnya Sebuah Cinta ...

 Penyerahan bendera Jalur Gemilang
sebagai gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan 2014

Merekalah anak-anak merdeka
ceria, komited, cergas, cemerlang
....




cinta lahir dari hati,
dan tetap tersimpan di hati ...
-amaza-





24 Jul 2014

Aidilfitri 1435H



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.



Dulu, zaman kanak-kanak dahulu, begini kan
kamu, kalian, kami, kita, awak ...

Kini, kad raya
hanya kenang-kenangan yang berbekas di hati ...








tiada hari-hari yang berlalu
tanpa aku merasa rindu ...
-amaza-



20 Jul 2014

Bila waktu telah berakhir ...


Daripada seorang sahabat
kepada semua sahabat :


Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat MATI
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat MATI 
TIDAK mesti SAKIT.

Jangan terpedaya dengan
Harta Kekayaan
Sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kapan
buat dirinya
meski cuma Selembar

Mari Terus berbuat BAIK
berniat untuk BAIK
berkata yang BAIK-BAIK
Meskipun TIDAK  banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dengan Nasihatmu

Cukuplah Allah yang
mengenalimu lebih daripada
orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdegup
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
olehNYA


Sahabatku,
'Waktu yang kusesali adalah
Jika pagi hingga
matahari terbenam,
Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang'

(Ibnu Mas'ud r.a)






-amaza-

8 Jul 2014

6207095052



'Satu demi satu batu binaan umurku jatuh ke tanah
dari sehari ke sehari.
Si lalai yang jiwanya tidur,
runtuh binaannya tiada dia sedari'  -U-MKI









dalam lena dan jaga ...
-amaza-



4 Jul 2014

Kurma oh kurma





Kurma KEBIRUS/U2
Terima kasih kekawan semua


Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
 potasium, vitamin a dan c dan juga niasin.
Lazimnya dimakan di bulan Ramadan
 dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional


Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang berpuasa
 tidak makan selama 12 jam. 
 Kurma menyumbangkan tenaga serta merta kepada si pemakan,
 ia memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan solat fardu dan terawih.


Buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, 
sesuai untuk wanita samada semasa hamil dan selepas bersalin.


Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori,
 setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu.


Makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma,
 kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya
dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang
yang berani dan tidak takut akan kematian


Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh
maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih ??????
heeeh


en google n pn wasap
-amaza-

28 Jun 2014

Ramadan 1435H


Selamat mengerjakan ibadah puasa.
Tingkatkan amalan.
Banyakkan bersedekah ...





diam itu lebih baik ...
-amaza-



19 Jun 2014

hati ...



masih ingin ibu berlagu ...

along fazrin
angah khai nabil
kakak elin
kakak mieza
nakda sarah
fakrul
iman







arjuna fitri
moga cepat sembuh ya nak ...
-maza-

5 Jun 2014

SHB



SELAMAT :

Hari Bapa

Ayah

Abah

Walid

Papa

Babe





someday
-maza-

29 May 2014

Selamat Hari Guru, cikgu ...2014



Hari kita
Kita raikan dengan doa sekalian anak-anak didik


 Hadiah kek Hari Guru daripada Bank Rakyat,
UMNO Pulai dan Le Grandeur (tak kelihatan)
Terima kasih daun keladi ...


Acara pagi dimulakan dengan 'red carpet' yang dimulai oleh guru besar.

Rasa macam artis ehh...
tak terlangkah rasanya
sesekali ...

 Anak-anak comel yang menunggu dengan kuntuman mawar
 untuk guru-guru kesayangan masing-masing


Acara sukaneka :

Bagaimana cara memakan sebiji tembikai.  Bestnya hilang dahaga.

Memasukkan air ke dalam botol menggunakan span. Perah cikgu betul-betul...biar penuh



Tiup belon jangan sampai pecah. Satu kumpulan 5 biji...ada QC lak tu
Kembong ehh ...


Mencari syiling dalam doh tepung menggunakan sepit.  Kacau rata-rata hingga jumpa...20 sen je

Ambil gula-gula dalam tepung menggunakan mulut.
puhh puhh ...heee semua sporting

Sepit kacang hingga garisan penamat.  Satu kumpulan 10 biji.  Hati-hati ....

Keriangan apabila semua cabaran berjaya dilalui.
Aktiviti terakhir untuk cikgu Aizat...selamat bertugas di tempat baru.

Yeeehhh, yeeehh
tak kisahlah dapat nombor berapa, yang penting kerjasama ...


Untuk masa hadapan
Menanam pokok-pokok buahan di sekeliling kawasan sekolah ...rambutan, sukun, jambu ...

Pertandingan bowling di Skudai Parade
Posing je lebih rasanya...jatuhan pin entah berapa ..

Sketsa Peminangan Puteri Gunung Ledang.
Sesi pecah perut ...heee

Penyampaian hadiah, sijil untuk semua pertandingan yang telah diadakan. Terima kasih, tahun hadapan jumpa lagi.















-amaza-

14 Apr 2014

Teknik Menjawab Kertas UPSR 2014



Program cuti sekolah
Teknik Menjawab Kertas UPSR
24 Mac 2014 - 27 Mac 2014

Kertas Matematik
Pn Zaliha bt Kastamam
24 Mac 2014
terima kasih 'bidan terjun' yang komited

 Kertas  Matematik
En Mohd Fuad bin Ithnin
12 April 2014
heeeh kena ganti , terima kasih sudi lagi

 Kertas Bahasa Melayu
En Romaizi bin Muhamad
25 Mac 2014
terima kasih, datang dari jauh
sahabat baik dan ketua opsyen terbaik

 Kertas Sains
En Zulkiflee bin Miswan
26 Mac 2014
terima kasih, selamat sampai akhirnya

 Kertas Bahasa Inggeris
Pn Hjh Aisah bt Tohaid
27 Mac 2014
terima kasih, sangat membantu

 Aksi-aksi menjelang waktu rehat
huwaaa

Posisi yang disenangi
semoga memperolehi ilmu bermanfaat
...


-amaza 200-

12 Mar 2014

Gaya Hidup Sihat Amalan Kita


Sekitar Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2014
9 Mac 2014 - 13 Mac 2014
bersempena  pengisytiharan Kerajaan Malaysia 
bahawa 19 Februari setiap tahun sebagai
 Hari Antidadah Kebangsaan

Tema:
Gaya Hidup Sihat Amalan Kita

 Majlis pelancaran Minggu Antidadah Peringkat Sekolah

 Semua warga sekolah terlibat sempena Minggu Antidadah 2014
Syabas.

 Tuan Guru Besar merasmikan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2014
di Dataran Saujana SKTU 2

  Bacaan teks perutusan Minggu Antidadah daripada Tn Hj Md Hasidin bin Hj Zaini
Timbalan Pengarah Pendidikan Johor
 oleh Pn Hjh Noorhaliza bt Ayob

Deklamasi sajak oleh murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2

Ikrar Antidadah oleh semua warga
SKTU 2

Pertandingan mewarna Pra Sekolah
comelnya mereka

'anak-anak adalah anugerah Tuhan,
 ibu bapa bertanggungjawab mencorak masa depan mereka yang gemilang ...'

Pertandingan mewarna Tahap 1
bagai-bagai gaya eh 

  
 Pertandingan mewarna Tahap 2
Tema yang pelbagai mengikut tahun.


 
Operasi menyediakan banner oleh AJK 
heeee...

 Pameran poster Antidadah di Pusat Sumber Sekolah
Mereka berminat untuk mengetahui ...


 Guru-guru kelas sedang memberikan penerangan
 kepada anak-anak didik masing-masing.

 Antara poster yang dipamerkan
 bagi menggalakan peningkatan pengetahuan dan kesedaran
warga sekolah terhadap dadah.

Membantu segala usaha bagi membebaskan negara Malaysia
 dari ancaman dadah

 Bacalah
Pelbagai info mengenai dadah dipamerkan.

"Rasulullah s.a.w melaknat tentang khamar, sepuluh golongan :
pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya,
 pengirimnya, penuangnya, penjualnya,
pemakan wang hasilnya, pembelinya dan pemesannya."

 hehehe, jangan nak.

200 gram atau lebih berat ganja
200 gram atau lebih berat resin ganja
Hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah seksyen 39B
Akta Dadah Berbahaya 1952

 Acara senamrobik sempena Minggu Antidadah

Menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia
 dan mengamalkan cara hidup sihat dan cergas

 Program Lima Minit setiap pagi.
Penerangan tentang bahaya dadah, inhalan dan rokok.

Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan


Antara Pernyataan Anti Dadah
oleh guru-guru dan murid-murid

-amaza-