Objektif
1. Melatih murid untuk mempraktikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.
2. Memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri murid-murid.
3. Mengurangkan pembuangan sampah samada di rumah mahupun di sekolah.
Majlis pelancaran Kempen Kitar Semula oleh Tuan Guru Besar
En Mohd Ali bin Sukor pada 29 Julai 2013.
GPK sedang memasang label tong-tong kitar semula
Warna Coklat
Untuk semua jenis kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan,
balang makanan, botol vitamin,dan botol kosmetik.
Warna Biru
Untuk semua jenis kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku,
helaian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod.
Warna Jingga
Untuk semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan. Semua jenis plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin.
Sebagai permulaan pihak sekolah menghadkan pengumpulan terhadap kertas putih,
kertas berwarna, surat khabar, majalah dan buku-buku sahaja.
Sketsa yang dikendalikan oleh siswa guru IPGM Kampus Temenggung Ibrahim,
Johor Bharu,
Johor Bharu,
Terima kasih Cikgu Siva dan Cikgu Pathiban
Program kerjasama
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
dan Panitia Matematik
-amaza81-