25 May 2013

selamat tinggal



terlalu lama kamu pergi
dua alam yang memisahkan
ism
1962-1986
aku masih mengingati
moga bahagia di sana
dalam doa sekalian yang menyayangi
pamit.

-amaza85-

Bahagia...


bab 1 novel baru
 mencari  tali dan janji
~haruskah pergi setelah segalanya mungkir~


Bukan saya yang tulis :

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan.

Orang yang bahagia itu akan menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan.

Orang yang bahagia itu akan menyediakan waktu untuk bersenda 
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu.

Orang yang bahagia itu selalu menyediakan waktu untuk beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.



~amaza85~
 

18 May 2013

Merisik Khabar





Bila aku diam
bukan bermakna aku lupa
tidak pernah

bila aku sepi
bukan bermakna aku hilang
tidak pernah

bila aku tolak
bukan bermakna aku pergi
tidak pernah

bila aku marah
bukan bermakna aku benci
tidak pernah

cuma menilai diri
di mana selayaknya
nanti...

~amaza85~


14 May 2013

Guru Oh Guru


Selamat Hari Guru
Guru Malaysia :
1 Aspirasi
1Agenda



ehem ehemmmmm
kena hafal ni


GURU OH GURU
Usman Awang 
1979

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Setiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Mentari berkuasa
Jika hari ini Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah negara
Jika hari ini ulama yang mulia
Jika hari ini peguam menang bicara
Jika hari  ini penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimula oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan diakhir hayat.



-amaza85-

3 May 2013

Telinga Gajah



 Kemahiran Mendengar - Telinga Gajah
1.  Membuat pergerakan mengikut arahan yang diberikan
2.  Sentiasa peka pada arahan atau maklumat yang diberi.

Arahan
a.  Lukis bulatan besar di bahagian tengah kertas
b.  Di bawah bulatan besar lukis satu segiempat tepat secara menegak
c.  Di kiri kanan segiempat tepat lukis 2 segitiga
d.  Dalam bulatan besar lukis dua bulatan kecil di kiri dan kanan
e.  Di bawah segiempat tadi, lukis 2 segiempat secara menegak
f.  Lukis satu segitiga di bahagian atas bulatan besar.



 Hasil komunikasi sehala :
5 Hamka



 Hampir betul tapi bercerai berai
Mula dari tengah

Keliru menegak dengan melintang


Nampak macam betul kan
dua segiempat di bawah segiempat tepat


Juga keliru 
dua segitiga di kiri dan kanan...heei  kamu



Masih tidak pasti
menegak dan melintang ....


Dah macam roket lak
cikgu salah cakap ke....huhuhu


Hak ni hampir-hampir menepati arahan
'telinga gajah'
 Semua salah kedudukan segitiga


Hasil komunikasi dua hala
masing-masing dapat menghasilkan lukisan mengikut arahan yang betul
Bertanyalah
jangan berat mulut




norsaidatul shahirah


Aktiviti kelas relief selama 60 minit
Modul Tahun 1 sebenarnya....
masih kena belajar lagi


-amaza85-