28 Mar 2013

...kalau




Sekadar salinan semula apa yang dibaca
untuk sarah dan idan yg diam


Kalau satu hari kau menangis
beritahu aku
aku tak janji nak buat kau tersenyum
tapi aku boleh menangis bersamamu ...


Kalau satu hari kau ada masalah
beritahu aku
aku tak janji nak bagi penyelesaian
tapi
kau boleh kongsi dengan aku ...


kalau satu hari kau nak pergi berjalan
beritahu aku
aku tak janji nak halang kau
tapi
aku boleh temankan ... heee


kalau satu hari
kau mencari seseorang untuk mendengar ceritamu
aku janji akan ada untukmu


tapi kalau satu hari kau perlukan aku
dan aku tiada
mungkin ...





kalau kesakitan itu penghapus dosa 

- biarkan-
-amaza85-

15 Mar 2013

MAULIDUR RASUL 1434/2013


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH
9 MAC 2013

Tema 1434/2013
'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'
-wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, 
mengukuhkan ikatan dalam kehidupan 
dan menjadikan Islam teguh di mata dunia-


Bersedia untuk perarakan sejak awal pagi lagi dengan berpakaian berwarna warni
-meriah-



Berarak sambil melafazkan selawat atas junjungan Nabi Muhamad SAW diketuai oleh Ustaz Azan, Ustaz Ariffin , guru besar dan YDP PIBG serta guru-guru.....




Melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan perjuangan baginda pada hari kelahiran baginda ......



Untuk mengenang, menghargai serta mengambil ikhtibar kisah suka duka perjuangan Rasulullah SAW


Penat berarak dapat pulak menghilangkan haus dengan air sirap selasih yang disediakan oleh guru-guru....nyaman


Bersama-sama bungkusan nasi beriani yang akan diagihkan kepada semua pelajar.  Tahun ni berkat kita agak lumayan berbanding tahun-tahun lalu dan sangat sedap....ohh cikgu-cikgu yang masak dengan penuh kasih sayang....



Berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Abd Hamid bin Marekee  sempena majlis sambutan malidur rasul


Adik Mohd  Shahir bin Sulaiman, Johan Tilawah Al-Quran peringkat zon Gelang Patah dan Naib Johan peringkat daerah Johor Bahru sedang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran


Kumpulan nasyid yang sangat berbakat sedang melagukan nyanyian mereka 'Ya Hanana'.  Kredit kepada cikgu Sani Ahmad yang bertungkus lumus mengajar mereka.

Ketua kendarat sedang memerhati para pekerjanya
'cukup cikgu jangan risau ea'



Rewang dari petang hingga ke pagi tapi tetap maintain dengan senyuman.  Tambah 10 markah utk prestasi  tahun ni....



Orang-orang kuat di belakang bangunan yang menyediakan bungkusan nasi beriani untuk anak-anak didik sekalian...







Rewang - kerja tolong menolong  memotong daging, bawang, sayur, nanas beramai-ramai meringankan kerja-kerja tukang masak nanti.  Mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan sekerja.






Basuh daging dan ayam bersama-sama.  Huhhh baby pun teringin posing hari ni.


Nabi SAW pernah berkata
'Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku'


Pada tangan/jari ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur.
Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.









bismillah
Siapa yang mengamalkan sunnah akan mendapat 2 keuntungan
1. Pahala yang berlipat ganda
2. Keberkatan
ya ustaz?


-ya robbi, sudilah pandang kami... -
-amaza85-

11 Mar 2013

1 Malaysia Membenteras Dadah


MINGGU  ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH
4 MAC 2013 - 8 MAC 2013

 Tema : 1 Malaysia Membenteras Dadah

Objektif

-memberi pendedahan kepada warga SKTU 2 tentang bahaya dadah
-menanam sikap benci kepada dadah dalam diri warga SKTU 2
-mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah
-memberi kefahaman bahawa dadah punca keruntuhan akhlak remaja



Bahawasanya kami warga SKTU 2 berikrar untuk :

-memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja yang
  berfaedah.
-melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
 berguna dan berfungsi kepada masyarakat

-menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia dan
 mengamalkan cara hidup sihat dan cergas
-menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan
-membantu segala usaha bagi membebaskan
 negara Malaysia dari ancaman dadah

Faedah-faedah tidak merokok :
*risiko menghidap kanser/jantung berkurang
* paru-paru lebih sihat
*degupan jantung kembali normal
*tarikan nafas lebih panjang
*hidup lebih sihat dan bermakna




Bahan merbahaya dalam rokok/vapoor
-tar
-hyrogen cyanide
-karbon monoksida
-nikotin (racun serangga)
-naphtylamine (ubat gegat)
-arsenic (racun anai-anai)
-ammonia (pencuci lantai)



Kesengsaraan penagih :
-ketagihan
-kekeliruan
-khayal
-hilang daya ingatan
-jangkitan HIV/AIDS/Hepatits
-kelakuan yang ganas
-sukar tidur




 Jenis-jenis dadah :
-opiat dan opiat sintetik
-stimulan
-ganja
-halusinogen
-depresen
-ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna






kami anti dadah
kami benci padamu
sekutu kita perangi dadah
mulia bangsa tanpamu
.....
....
...

-amaza85-