31 Dec 2013

akhir dan awal



Hidup seperti Tasbih

Berawal dan berakhir
di titik yang sama
bukan tasbih jika hanya satu butir
demikian pula 
bukan  hidup jika hanya ada satu rasa.

Kehidupan akan sempurna
jika telah melewati serangkaian
butiran suka,
duka,
tawa,
tangis,
gagal,
berhasil,
atau pasang surut.

Seperti tasbih yang melingkar,
hidup juga demikian,
kemanapun pergi,
dan berlari
tetap dalam lingkaran takdirNya,
dariNya kita hidup,
dan 
kepadaNya,
kita kembali.


(no name/fb/kasih)


masih ada janji pada tasbih itu
-amaza91-

22 Dec 2013

Takdir Kita

7 Disember 2013
Kita berkongsi langit, bulan dan bintang yang sama.
Sekian lama.
Selamat berbahagia ...
Adinda Azhani & Moin


 Amanah yang diberi
pikul dengan cekal 
'Dalam setiap doa itu pasti ada redhaNya. 
 Carilah redha Allah disebalik sebab dan akibat daripada anugerah dan nikmat
 (apa jua bentuknya) yang ditakdirkan.'
Alhamdulillah,
segalanya selesai dengan mudah,
(hujan dan banjir hanyalah air)

 Memberi dan menerima
Tanda kasih kalian
Semoga kekal hingga ke firdaus

Allah mencipta wanita dari tulang rusuk lelaki,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
dekat dengan hatinya, untuk dicintai.

 Majlis khatam Al-Quran
Apok kecik dah besar dan dah boleh kawin ...hee

 Makan berdamai dan potong kek perkahwinan
Eemmm...sedap

 Bersama-sama adik beradik
Kurang lagi 5
Mungkin 3 tersesat jalan
dan yang pasti 2 lagi belum ditemui...

 Pengantin bersama-sama anak buah
Tiga generasi eh...
Abaikan pasangan di kiri...

Bahagianya berkumpul adik beradik,
sanak saudara di rumah sendiri.







kau ku cinta dari seluruh ragaku,
melebihi segala di dunia ini ...

-amaza91-

7 Nov 2013

...



dan manik-manik tasbih itu
aku sambung kembali
satu
satu
satu 




-amaza91-

14 Oct 2013

korban ...


allahu akbar allahu akbar
allahu akbar 
...

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Selamat Hari Raya Haji
Selamat Hari Raya Korban



moga mendapat haji yang mabrur
-amaza-





12 Oct 2013

dari tahun 1 ...


seharian bersama-sama anak-anak kecil
manisnya senyum kamu
usik-usik
malu-malu
gelak tawa
kamu semua 
 masa lalu
yang indah
.
.

azira alisya ariff tasya wanie sarah ibnu amin aiman maza aqees iqbal saffa
alfiana munirah haikal  qayyum lola fasil imran afieq atikah haula





bila kau tertawa...
-amaza91-

2 Oct 2013

Mencintaimu ...

14 September 2013
Hari bahagia ...


pandanglah ke hadapan
bulan, bintang, dan suria
yang bersinar
 





 kenalkan
kak elin sibongsu, abahnya, angah khairil, bunda, angah mira
along dan mama kat belakang...hee


along fazrin
dengar cakap mama ya nak...hihihi


Ya Allah, Ya Tuhan kami,
jadikanlah kami dan pasangan ini sebagai manusia,
yang sentiasa mencintaiMu,
 yang sentiasa bersyukur kepadaMu,
dan sentiasa takut dan gentar kepadaMu
.
.


 betul, abg zie sesat 2 jam
ngah khalid pun nak sampai spore dah...heee


 antara ipar duai, saudara mara
dan sahabat handai
terima kasih


 paman makan baik-baik
anak cucu tumpang suka


 alhamdulillah
alhamdulillah





pasti kita bertemu pasti
-amaza91-

22 Sept 2013

Permataku ...


Suatu waktu
suatu ketika
yang kita dambakan ...





















hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan...

-amaza91-

18 Sept 2013

Ungu

Orang kata ungu itu ketenangan
Orang kata ungu itu kedamaian
Saya kata ungu itu cinta
Dari hati
untuk kamu ...






















sepasang kurung ungu
suatu masa dahulu
~rindu~

-amaza91-

10 Sept 2013

Majlis Serah Ilmu 2013

Antara objektif program ialah :

1.Menggalakkan murid dan guru bersyukur diatas nikmat ilmu pengetahuan yang di anugerahkan oleh Allah kepada kita.
2.Memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya restu guru bagi mendapat keberkatan dalam pemilikan ilmu pengetahuan.



Bismillahirramanirrahim
Dengan ini kami guru SK Taman Universiti 2,
mengikhlaskan segala ilmu yang telah diajarkan,
dan segala apa jua ajaran yang telah disempurnakan kepada kamu, murid-murid Tahun 6 untuk diamalkan, diambil ikhtibar dan dimanfaatkan kerana Allah Taala.
Kami juga dengan ikhlas hati memaafkan segala kesalahan yang dilakukan dan mendoakan agar semua murid mendapat ketenangan semasa menjawab soalan UPSR dan seterusnya berjaya dengan cemerlang. Aamiin.



Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan ini kami murid Tahun 6,
SK Taman Universiti 2,
menerima segala ilmu yang telah diajarkan,
dan segala apa jua ajaran yang telah disempurnakan kepada kami,
untuk diamalkan,
diambil ikhtibar,
dan dimanfaatkan,
kerana Allah Taala.









Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku memohon kepadaMu,
ilmu yang bermanfaat,
amalan yang diterima,
rezeki yang bagus (baik).












Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari ilmu yang bermanfaat,
hati yang tidak khusyuk,
doa yang tidak didengar (makhbul)
dan amalan yang tidak dinaikkan (diterima)




Ya Allah,
sinarilah hati dan minda mereka dengan kefahaman dan ingatan yang baik.  Mudahkan mereka memahami apa yang disampaikan olehku serta berkatilah mereka





Ya Allah,
kami pelajar memohon limpah rahmat dan belas kasihanMu agar dikurniakan kepada guru kami, umur yang panjang dan rezeki yang luas.

  

sibongsu ke-92 ....heee
semoga beroleh kejayaan yang cemerlang


~amaza91~


1 Sept 2013

Labbaik Allahumma Labbaik




"Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan  perjalanan ke Baitullah.  Barangsiapa mengingkari kewajipan haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat suatu pun) dari sekalian makhluk "
 (Ali Imran : 97)


Kelebihan menunaikan ibadat haji:

1.Barangsiapa yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrur yang tiada balasannya selain syurga.

2.Mengerjakan haji merupakan jihad yang paling besar bagi mengalahkan dan menundukkan hawa nafsu.  Pahalanya sangat besar di sisi Allah.

3.Orang yang mengerjakan haji tanpa cacat cela serta mengikut segala syarat, rukun, wajib dan segala peradabannya akan bersih dari segala dosanya seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.

4.Orang yang mengerjakan haji merupakan tetamu agung Allah dan mendapat kemuliaan daripada Nya.






bersungguh-sungguhlah...
demi keampunan dan  jannah Allah.

-amaza91-

29 Aug 2013

MERDEKA '56




LOGO
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 56.
  Imej berwarna merah di selang seli jalur putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56
 (56 tahun kemerdekaan), 
mewakili rakyat Malaysia berbilang kaum, 
membawa semangat 1Malaysia 
yang cintakan keamanan dan keharmonian. 
 Ia juga melambangkan rakyat Malaysia yang bersatu padu
 menjaga kedaulatan negara dari tahun 1957 sehingga kini.  
Manakala bulan sabit melambangkan kedaulatan.


Perasmian Bulan Kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar 
di Dewan Ibnu Sina pada 24 Ogos 2013

Pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan ke-56
Tahap 2

Pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan ke-56
Tahap 1

Gambar-gambar lain ....
.
.
.
.






Ahmad, Ramasami, Tong Seng, Salmah, Ah Moi dan Kumari pergi  ke sekolah bersama-sama.
Mereka juga belajar di kelas yang sama.


-amaza91-