31 Dec 2012

selamat datang 2013





Doa tahun baharu persekolahan bersama-sama guru besar baharu.
Moga 2013 sekolah, guru-guru dan anak didik lebih cemerlang. 
Amin.


Doalah setiap waktu:

Ya Allah,
Jangan Kau pisahkanku dari RahmatMu,
Aku memohon kepadaMu ya Allah,
Kau tetaplah imanku di sepanjang waktu,
Kau jadikanlahku diantara hambaMu yang soleh,
Jauhkanlah aku dari segala godaan syaitan dan kemegahan dunia,
dan Kau peliharalah zuriatku dan keturunanku,
dari tipu daya syaitan,
dan jadikanlah anak-anakku, anak-anak didikku,
 di kalangan mereka yang soleh dan solehah,
dan Kau ampunilah dosa-dosaku,
dosa-dosa suamiku,
dosa-dosa isteriku,
dosa-dosa anak-anakku,
dosa-dosa ibu bapaku, ibu bapa mertuaku,
dosa-dosa saudaraku yang telah meninggal dunia,
dan Kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telah pun suci dari segala dosa-dosa,
yang kelihatan dan tidak,
yang disengaja dan tidak,
yang disedari dan yang tidak,
Amin ya Rabbal A'lamin.


-amaza85-

20 Dec 2012

...akhirnya di sini



nov2008-dis2012
untuk adik beradik
romai, aris, saiful, rahman, rashid, latif, ismadi, katni, rahim, mokhtar, 
ezan, nori, ana, com, ila, dila, zu, ani, mahani, piah, ha, nishak, aida, mas,


kek ulang tahun ke-4
kuliah pgsr/bm ipg-kti
ditaja oleh romaizi n ezan


barisan ketua opsyen bersama tutor/penyelia kesayangan
en khushari bin fadzal
sentiasa senyum dan membantu
anggaplah kita potong kek bersama-sama setiap tahun
tuan, kita berkongsi hari dan bulan kelahiran...



dewan jamuan kami
sila-silakan


antara pensyarah yang sudi hadir majlis kami
terima kasih


pn wan dan pn syikin yang comel


ibunda ketua jabatan
pn hjh hamidah binti musa
menjaga kami dari sem 1 hingga tamat


jemput makan


ya, memang sedap...
durian crepe dan cheese cake tu
yummy


 adinda bertiga
ezan, nori dan ana
ketua penanggah


 terima kasih
budi puan kami ingati...


alahai, tak ada pun yang nak peluk abang
hehehe


oop blm sedia lagi


memang kanak-kanak ceria


kenang-kenangan bersama pensyarah
dan rakan kuliah


masih ingin berbuai bersama-sama...


akhirnya di sini
terima kasih kepada ibu ayah yang banyak mendoakan
suami dan anak-anak yang sabar melayan karenah
sahabat tersayang
marina mohd yusuf, norizan md tahir, noor syana kzaman, maza
yang banyak membantu buah fikiran, mata, jari dan telinga
-allah yang balas-





semoga bertemu nanti
-amaza85-

15 Dec 2012

kepompong...



dunia yang indah
-jaga diri-


~sarah~
Usah terlalu mengeluh apabila masih berada di dalamnya...
Terbaik untuk kamu
Perlindungan untuk menjadi mereka yang lebih tabah di alam ini
Bila terbang nanti menjadi rama-rama nan cantik...

Pernahkah membaca cerita ini :
tentang ahli-ahli enthomologi yang melakukan penyelidikan 
terhadap dua kepompong rama-rama yang akan menetas

Pemerhatian
Kepompong pertama dibiarkan mengerahkan seluruh tenaga untuk keluar
Dibiar berusaha dengan kudrat dan peraturan semulajadi...
Akhirnya kepayahannya menghasilkan rama-rama yang dapat terbang dengan sayap yang cantik dan kuat.

Kerana kasihan
Kepompong kedua dibantu dengan menggunting sedikit lapisannya
Rama-rama baru dapat keluar dengan mudah
namun ia hanya merayap lemah
tidak mampu terbang selayaknya....sayapnya tidak mengembang

Kesenangan tidak menjanjikan kejayaan
Kesulitan adalah nikmat dan hikmah
senyum...




suka lagu ini
-amaza85-


1 Dec 2012

penantian...



~ andai tiba-tiba bahumu terasa berat,
akulah itu yang kadang-kadang tumpang bersandar ~



`

-amaza85