30 Oct 2012

susah dan senang



kita sentiasa diuji
untuk melihat ketaqwaan kepada yang Esa
untuk mengukur sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan





sesetengah orang diuji dengan kesusahan, kedaifan, kesulitan...
berasa kerdil - kita sujud benar-benar
berasa hina - kita tunduk mohon pelindungan
berasa susah - kita sabar dengan dugaan

dan

sesetengah orang diuji dengan kemewahan, harta benda, kesenangan,
kecantikkan, ilmu...
berasa megah- yang menegur dikata lawan
berasa tamak - yang meminta dikata malas
berasa benar - yang naif dikata tidak berusaha
berasa besar- yang kecil diperlekehkan


ambillah satu hari untuk mentelaah diri supaya kita cemerlang apabila
menduduki ujianNya...
-amaza85-



19 Oct 2012

Labbaik Allahumma Labbaik



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad
 mengumumkan bahawa tarikh sambutan Hari Raya Haji tahun ini
 jatuh pada 26 Oktober 2012
 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H
-raya haji, raya korban,aidil adha-


mak, mak de, cik liza, cik isa, ally dan cik din,
muslimin dan muslimat di tanah suci
semoga mendapat haji yang mabrur
-amin-


Amalan-amalan utama sepanjang sepuluh awal Zulhijjah :

a. Zikir
-Subhanallah, Alhamdulillah, Lailah illa Allah, Allahu Akbar

b. Berpuasa
-bermula 1 - 9 Zulhijah bagi yang tidak mengerjakan haji,
dengannya mudah-mudahan Allah ampunkan 
dosa-dosa yang lalu dan tahun kemudian.

c. Amalan lain
-bersedekah, solat sunat, membaca Al-Quran dll

d. Menjauhi maksiat

e. Bertakbir
-bermula sejurus selepas solat subuh hingga hujung waktu Asar
 (hari ketiga Tashriq)

f. Berkorban.
-menyembelih haiwan-haiwan ternakan
  unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri shj





-nanti kita pergi sama-sama ya....doakan-
amaza85

12 Oct 2012

Salamku yang terakhir...


Dalil kematian, maksudnya:
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati,
 kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)



Melalui pembacaan buku-buku dan majalah berbagai kisah tentang pengurusan jenazah diperkatakan. 
Ada bagai-bagai kisah suka, duka, tragis, aneh, mistik yang disentuh.  
Sebagai seorang saudara yang tua, saya pernah tiga kali menolong menguruskan jenazah, seorang kakak ipar yang sulong dan dua orang anak saudara yang pergi akibat kemalangan jalan raya. 
Mencari sesuatu disebalik pemergian itu, dan saya menemuinya. 
Jika kamu belum pernah, cubalah...

Sedikit panduan serba ringkas  di bawah, kena belajar sebenarnya...

Bahan-bahan
Kain kapas, kapur barus, kapas, air mawar, sarung tangan, pacai, putik kapas, daun pandan dll.

1. Letak jenazah mengiring, mengadap kiblat
2.Tutup seluruh jenazah, bahagian muka ditutup  dengan kain kasa.
3.Letak sesuatu yg sederhana berat diatas perut  jenazah bertujuan menjaga dan mengawasi perut  supaya tidak kembung.




Memandikan jenazah
Perbuatan meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah untuk menghilangkan najis dan kekotoran serta mengangkat hadas
-jenazah mengadap kiblat
-tutup tubuh jenazah



-berniat memandikan jenazah
-bersihkan kekotaran yg ada, tekan sedikit perut utk keluarkan najis.
-cuci kemaluan dgn tgn kiri yg bersarung (istinjak)
-bersihkan gigi, mulut,kuku, hidung, telinga 
-siram / ratakan air seluruh anggota badan, bermula dr sebelah kanan  kesebelah kiri sebanyak 3 kali @ 5 kali.








-sebaiknya gunakan air bercampur daun bidara, kapur barus dan sabun.
-akhir sekali siram dengan air mawar
-keringkan badan jenazah dengan tuala perlahan-lahan


(hahaha...model kesejukkan...)








-bentangkan tikar dan susun tali kepala, dada, pinggang, lutut dan kaki.
-letak sehelai demi sehelai kain kapan diatasnya.
-3 helai untuk lelaki dan 5 helai untuk perempuan.









-pada kain kapan kedua dan ketiga tabur pacai yg bercampur kapur barus ditengah-tengah bahagian belakang jenazah.
-bentangkan gamis(jika ada) dan letakkan kapas dan tabur pacai seperti lapisan kedua dan ketiga tadi.



-pakaikan gamis jika ada dan baringkan jenazah di atas kapan
- kedua-dua tangan jenazah diletakkan diantara dada dan pusatnya seperti qiam dalam solat.
-tutup selapis demi selapis kain kapan
-ikat jenazah bersama kapan menggunakan simpul pada kaki, punggung dan dada






Setelah selesai, dijemput waris terdekat seperti isteri, anak-anak dan lainnya untuk memberi penghormatan terakhir.

cara/kaifiat solat jenazah
-niat semasa takbir pertama
-membaca surat al-fatihah selepas takbir pertama
-takbir kedua dan membaca selawat kepada nabi
-takbir yg ketiga dan berdoa untuk simati
-takbir yg keempat
-memberi salam ke kiri dan ke kanan


(siapakah yg akan solatkan kita nanti?)











kerna waktu berputaran
bimbang tak berkesempatan
melahirkan kerinduan terhadapmu....
-amaza85-

10 Oct 2012

my little darling...



swing or swim
don't play play eeea...









I can see a gorilla
Oh, so scary....hehehe


moga jadi anak yg baik
-amaza85-


6 Oct 2012

kentang, tepung, telur bakar


5 Oktober 2012 - 6 Oktober 2012
Inilah wakil unit beruniform Bulan Sabit Merah. 
Muka-muka ceria - penat setelah selesai menyediakan masakan rimba ala U2
dalam aktiviti hari kedua Perkhemahan Unit Beruniform 2012
Sedap apa.... jom kita belajarrrrrrrr


Dibekalkan beberapa batang mancis, arang dan habuk kayu.  
Peserta dikehendaki menghidupkan api untuk memasak kentang, tepung dan telur.  
Gunakan kemahiran yang telah dipelajari 
untuk menyiapkan hidangan dalam masa 2 jam. 
 Cikgu sepatutnya tengok aje....tapi tak sampai hati lak
Tengok muka-muka tuuuuuu..
nah amik daun kering ni .......





Mula-mula letak tepung atas daun pisang, Kosongkan ditengah-tengah dan isikan air. Kamu guna air apa eaa?. Gaul sebati, belasah je dua-dua tangan dan uli sampai lembut........ 






Tepung yang dah diuli, dibulat-bulatkan mengikut saiz kentang dan telur. Bungkus kentang dan telur menggunakan doh tadi - rapi-rapi.  Yeehhh dah siap satu bab....





Ehhh ada lagi, buatkan bentuk tocang untuk tepung bakar pulak. Tocang macam tocang rambut kamu heeee. Yang lebih lilit pada ranting kayu, bentuk ikut suka hati....macam lastik pun bolehlah asal siap.......



Kemudian bakarlah bahan-bahan tadi. 
Pastikan masak untuk hidangan tengah hari...hohohoho.  
Nasib ada abang koboi yang berpengalaman datang membantu... 
Bakar  nak,  apa semua yang ada . 
Guna bara, bukan  api yang menyala oiii.....




Wah  telur dan kentang bersalut tepung siap untuk dimakan.  
Sedap aja kamu ya.......
Cikgu try rasa........yummmyyyyyyyy 





Haaa, ini aktiviti semasa menunggu masakan siap.  Suka hatilah nak panjat pokok....bila lagi kan. Cikgu tak marah hari ni.........
Syyyh....... ada rasa macam anak tarzan takkkk........






Masih sesi cuba rasa....sedap kan.  Telur macam rasa telur...kentang macam rasa kentang bakar.  Tepung bakar pun sedapppppppp? Air tangan satu Malaysia.........


me
-amaza85-

2 Oct 2012

the tiny thimble


Sing with actions
1 Hamka 2012
Caiyook...


 Where is thumbkin?
Where is thumbkin?


 Here he is!
 Here he is!


How are you today, sir?
Very well, I thank you

Run away,
Run away.


my boy

Where is pointer?
Where is pointer?


my little girl

Where is middle man?
Where is middle man?


my sweet girl

Where is ring man?
Where is ring man?



Where is pinkie?
Where is pinkie?

Here he is!
Here he is!

How are you today, sir?
Very well, I thank you

Run away,
Run away.


love you ... sg
-amaza85-