30 Sept 2012

cinta...



C  I  N  T  A

cinta saya bukan sedalam lautan
kerna takut gelap dasarnya
benci bingit ombak pantainya

cinta saya bukan seluas padang
bimbang kerikil dan semalu yang cemburu
peritnya  panas, 
dinginnya hujan yang membeku

cinta saya bukan bagai laila dan majnun
tidak gila, bukan alpa,
masih menjunjung agama dan ayah bonda

cinta saya hanya sehujung kuku
dipotong, dikerat, dibuang
setia  tumbuh hari ke hari
...
..
.

pernahkah kamu mendengar...





-amaza85-

26 Sept 2012

menanti...


-dia rindu dengar suara-


Seseorang pernah mencatat:

Bercintalah...
anggap  kita tidak pernah terluka

Menyanyilah
anggap tiada orang yang mendengar

Menarilah...
anggap tiada orang yang melihat

Senyumlah...
anggap semua orang menyayangi 

Hidup ini terlalu singkat
untuk dibazirkan dengan tangisan

Hiduplah dengan kebahagiaan
yang akan mendatang.....


-amaza85-

22 Sept 2012

galeri sejarah U2


Terletak di blok B, aras 1
Barangan hasil usaha cikgu-cikgu yang menjaga galeri ini (En Maharuddin Abd Wahap)
dan orang-orang perseorangan yang menderma.
Kalau rasa dah sesak rumah...hantarlah kesini...terima kasih..
Sila-silakan singgah....



The Straits Times
Edisi Khas - sila klik


sila klik untuk bacaan seterusnya...


Dari buku :
MALAYSIA - A Pictorial History
1400-2004
by Wendy Khadijah Moore


Raja-raja Melayu
MALAYSIA - A Pictorial History
1400-2004
Bagus buku ni...


tuan empunya kata : masih boleh digunakan
meh lah cuba...hola


jom berlagu ...
sama tak macam dalam filem Anakku Sazali...



seramik china
dari The Desaru Ship
ada gambar puteri hang li po
tengok betul2 bahagian bawah cawan ni...
-itu jari penjaga galeri-


try tengok kat belakang rumah
ada lagi rasanya...jangan dibuang...


acuan kuih baulu
guna arang & sabut atas dan bawah
sedap rasanya...ala2 asap sikit heee


alat pengisar...berat ni
kisar beras rendam dan apa lagi ....
masih ada di rumah saya...mak buat sendal pintu dapur...nostalgia


sesiapa yang masih ada piring hitam, boleh pinjam alat ni
masih berfungsi lagi...


macam radio zaman jepun...Sarjan Hassan




baju sedara mara leftenan adnan
tak percaya...



kenangan adalah sejarah
simpan baik-baik...mungkin satu masa berguna ...
sekurang-kurangnya untuk tersenyum apabila keseorangan
atau untuk setitis dua air mata...
ia tetap bererti...
rindu 

-amaza85-

19 Sept 2012

Jaga Diri...



suka status nie...
mungkin benar...
kosong...kosong...kosong...


Hidup adalah proses
Hidup adalah belajar
tanpa ada batas umur
tanpa ada kata tua...

Jatuh berdiri lagi...
Kalah mencuba lagi...
Gagal bangkit lagi...
'Never give up'

Sampai tuhan berkata:
'waktunya pulang'







ambillah masa yg telah lalu...
-amaza85-


15 Sept 2012

uniknya LEGO - 1

Berkesempatan menjelajah LEGOLAND Malaysia di Nusajaya Johor baru-baru ini.
Sesuai untuk kanak-kanak bermain-main dan orang dewasa melepaskan tension.
Try naik roller coster untuk menghilangkan stress - jerit kuat-kuat tak de org yang marah....

Di bawah ialah blok-blok  Lego yang disusun dengan sangat teliti menyerupai beberapa monumen terkenal dibeberapa buah negara di dunia.
Foto kurang memuaskan kerana diambil tergesa-gesa - masih dalam waktu bertugas.
Senang-senang nanti saya akan masukkan foto-foto lain pulak
Selamat datang ke Miniland...sesuai utk mereka yang meminati fotografi di sini


















sila klik
-amaza85-

4 Sept 2012

Taman Seribu Bunga


Terletak bersebelahan dengan bangunan Seri Bendahara
 atau Pejabat Ketua Menteri Melaka 
ataupun bersebelahan Kompleks Seri Negeri d Ayer Keroh, Melaka

-disambut dan dihantar pulang 
dengan harum kuntuman bunga-

http://tamanseribubunga.phtj.gov.my/


lanta camara ... heeee


jasminium sambac


heliconia rostrata


torch ginger










golden chain











diam lebih baik dari berkata-kata
saya ingat ...

-amaza85-

3 Sept 2012

Hari Kebangsaan ke-55


"...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati,
melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya,
iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan".

Tunku Abdul Rahman
Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama






"...marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga
supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit..."

Tun Abdul Razak Dato'Hussein
Perdana Menteri Malaysia Yang Kedua





"...akhirnya saya suka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan
dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia
 yang tidak berbelah bagi setiap masa ..."

Tun Hussein Onn
Perdana Menteri Malaysia Yang Ketiga




"... bukan kecil tugas kita: meneruskan perjuangan kemerdekaan kita:
 kerana rupanya selain kemerdekaan: mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara..."

Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia Yang Keempat



...55 tahun merdeka
janji ditepati ....







-amaza85-