28 Apr 2012

kasihani dia...



-Vandalisme-
hasil luahan perasaannya dipintu besi

Benarkah dia Hypeaktif
Kelakuan yang biasa kita perhatikan:

1.  Kekurangan tumpuan perhatian
Mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain 
seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya.  
Tidak menghabiskan apa-apa tugas yang diberikan 
dan tidak boleh bermain dengan kanak-kanak lain.

2.  Mengikut dorongan hati (Impulsif)
Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu 
malah telah melakukannya sahaja.
  Dia membuat sesuatu dan cepat berubah pada sesuatu yang lain. 
 Sukar dikawal dan tidak mengikut arahan.

3.  Berkelakuan terlalu aktif
Suka berlari-lari, memanjat, sukar duduk diam, 
dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia bertindak begitu.


Cara-cara rawatan:
satu
 Ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor ialah ampheramine, ritalin dan haloperikol. 
 Namun kesan berulang sekiranya ubat dihentikan. 
 Kadang kala rawatan ini  tidak berkesan 
dan sebaliknya memberi kesan negatif.

dua
Teknik pengubahsuaian kelakuan(behavioural modification)
Ianya lebih berkesan tetapi memerlukan pakar psikologi 
bagi menjalankan terapi dengan cara yang betul.

tiga
 Teknik pendekatan pembelajaran (educational approach)
Bertujuan mengurangkan aktiviti mereka 
dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian
 terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangkan intelek.


rujukan
dr hamid arshat


dia hanya minta perhatian
-amaza479-






26 Apr 2012

senyum...



-rindu senyuman kamu-
sabar menanti dengan baju basah peluh
dan sekotak hadiah...
julai'10




-senyum-
  ringan, tidak bersuara
  tapi penuh makna


-senyum-
  murah,
  tapi tak ternilai dengan ringgit


-senyum-
  tak perlu tenaga,
  tapi besar motivasinya


-senyum-
hal yang mudah
tapi selalu nampak indah


-senyum-
satu perkara yang biasa,
tapi boleh menjadi istimewa


-senyum-
ibadah yang paling mudah,
tapi berpahala setara dengan sedekah.
-IH-


... dengan senyum,
bersinarlah cahaya keriangan,
tiada urusan yang berat di dunia ini,
berdoa dan bertawakallah,
"senyum selalu,
anda pasti bahagia"







sirna
-amaza479-


24 Apr 2012

TTI - t'ganu


21 April 2012
Hasil kerja sehari di Taman Tamadun Islam negeri Terengganu.
Tempatnya agak menarik untuk dikunjungi bersama keluarga atau secara berkumpulan.
Pengunjung boleh menaiki tram, buggy atau santai berbasikal sahaja.
Disarankan untuk kesini pada awal pagi atau selepas zohor kerana cuaca agak redup.
Banyak monumen bersejarah untuk dilawati tanpa menggunakan pasport.
Saya paling suka Kincir Air TTI - lain dari yang lain
Jom, cuti-cuti Malaysia...


TTI Waterwheel
Kincir air TTI dibina berdasarkan teori Al Jazari, iaitu pakar mekanikal pada zaman keagungan Islam.  Kincir Air TTI mengandungi empat elemen utama yang dilabelkan menggunakan
 papan tanda putih hitam iaitu Tempat Menunggu, Galeri, Kincir, dan Jejambat.


Mosque of Mohamamed Ali, Egypt
Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini  
dengan banyak didalam pembinaannya.
 Masjid ini dibina oleh Mohammaed Ali
yang pada zaman pemerintahan beliau dianggap zaman pembaharuan Mesir.


Nabawi  Mosque, Madinah, Saudi Arabia
Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah 
yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. 
 Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW
 dan tempat baginda disemadikan.



Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28
 dan dibina pada tahun 1958.  Ia direka oleh seorang arkitek Itali. 
 Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.



Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
Masjid ini menempatkan tempat paling suci  bagi semua umat Islam, 
iaitu Kaabah bermaksud 'tempat tertinggi  yang terhormat dan berprestij'. 
 Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.


Great Mosque of Agadez, Niger
Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina
 pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez.
 Ia mempunyai menara berbentuk piramid
dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.


Sultan Mosque, Singapore
Terletak di kawasan Kampung Glam, Singapura. 
 Merupakan sebuah masjid yang terpenting di negara itu.  
Terkenal dengan kubah emas yang terletak diatas botol minuman 
yang didermakan oleh masyarakat setempat.


Aleppo Ctadel, Syria
Dianggarkan dibina pada abad ke 10SM di atas sebuah bukit di Syria.
  Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.


ThePalace of Al-Hambra, Granada, Spain
Al-Hambra (Istana Merah) merupakan istana purba 
dan kompleks kubu yang dibina diantara tahun 1238-1354M
 dibawah pemerintahan Mohammed bin Ahmad, raja Nasrid pertama.


Suleyman Mosque, Turkey
Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empaya Ottoman 
dalam tahun k e46 pemerintahan Sultan Suleyman.  
Ia menempatkan infirnari, sekolah perubatan, hospital, kedai, 
penjara dan tempat penyimpanan senjata.


Kalgan Minaret, Uzbekistan
Menara yang telah dibina pada tahun 1127M oleh Arslam Khan. 
 Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini 
merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam
 dan rekaan senibina yang sempurna.


Abu Nasr Parsa, Afghanistan
Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid.  
Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing dihadapannnya. 
 Pembinaan makam  ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, 
Khawaja Abu Nasir Parsa.


Badshahi Mosque Lahore, Pakistan
Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alanmgir pada tahun 1673M.  
Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut.  
Mengikut sejarah ia boleh memuatkan sehingga 65000 orang jemaah.


Xian Mosque, China
Masjid ini didirikan pada tahun 1392M oleh Laksamana Haji Cheng Ho
 pada zaman Dinasti Tang.  
Walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, 
tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.


Taj Mahal, Agra India
Maharaja Munghul kelima, Shah Jehan telah membina Istana Taj Mahal
bagi mengenang kisah cinta abadinya.  
Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
Dibina pada tahun 692M dibawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. 
 Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah 
dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah


Kut  Sharif Mosque, Kazan, Rusia
Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. 
 Ia merupakan sorotan 1000 tahun sejarah panjang Kazan 
dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.


Great Mosque of Qairawan, Tunisia
Dibina pada 670M oleh Uqba ibn Nafi. 
 Ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia.  
Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali,
 masjid ini melambangkan kesamarataan di Qirawan.


Great  Mosque of Samarra, Iraq
Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad  ke-9. 
 Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia,
 salah satu keunikannya ialah
 Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid itu.




kadang-kadang sejarah boleh berulang...
-amaza479-




14 Apr 2012

...airmata



Dalam airmata itu mengandungi hormon prolaktin
untuk melawan stress
dan menurunkan tekanan darah
serta denyutan jantung.

Fakta sains menyatakan menangis adalah baik untuk:
-kurangkan stress
-melegakan perasaan
-mengurangkan rasa marah


Kata Ibnu Qayyim
ada 10 jenis tangisan

1. Menangis kerana kasih sayang
2.Menangis kerana rasa takut
3.Menangis kerana cinta
4.Menangis kerana gembira
5.Menangis kerana menghadapi penderitaan
6.Menangis kerana terlalu sedih
7.Menangis kerana terasa hina dan lemah
8.Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang
9.Menangis kerana mengikut orang menangis
10.Menangis orang munafik - pura-pura menangis


"...dan bahawasanya DIA lah
yang menjadikan orang tertawa dan menangis"
(An Najm:43)


'airmata kadangkala lebih istimewa daripada senyuman,
kerana senyuman boleh diberikan kepada sesiapa sahaja,
tetapi tangisan,
hanya dititiskan untuk orang yang tersayang'
-imam harman-


airmata itu,
masin rasanya...uurm
-amaza479-



12 Apr 2012

...achatina fulica


-apalah ada pada nama-
sedihkan


Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda(berjalan dengan perut).
Ia menggunakan paru-paru untuk bernafas(pulmonata).
Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat
dan berbentuk piramid dengan spira.


Lingkaran cengkerang mempunyai arah putaran ke kanan
berukuran sekitar 10cm sehingga 12cm
dan lebarnya 4 ke 5 cm
dengan berat 100 ke 120 gram.


Dari struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit
atau haiwan khunsa
dimana ia mempunyai dua organ jantan dan betina.


Ia berasal dari benua Afrika.
Ia adalah haiwan malam atau nokturnal.
Ia seringkali dianggap sebagai perosak.
Disesetengah negara ia menjadi hidangan yang lazat.
Sate.


Tidak perlu disamak sekiranya tersentuh
atau memegang ia
cuma
cuci dengan sabun dan air bersih.
la la la la la



-amaza479-