Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai ini tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.
Sekolah penyayang dapat direalisasikan
sekiranya elemen 3P5K berikut dapat diamalkan
seterusnya dibudayakan di peringkat sekolah secara holistik:
1. PENYAYANG
Warganya sentiasa mengambil berat antara satu sama lain
dengan cara menawan hati.
-mendengar masalah murid dengan empati-
-personal touch-
2. PENERIMAAN
Menerima dengan hati terbuka tanpa prasangka.
-tidak melabel murid-
3. PENGHORMATAN
Budaya hormat menghormati antara satu sama lain.
-memberi salam, bersalaman dan ucapan terima kasih-
4. PENGIKTIRAFAN
Memberi penghargaan terhadap pencapaian.
-kata-kata pujian, kata-kata semangat, hadiah/sijil-
5. PRIHATIN
Peka dan ambil berat terhadap kesulitan, musibah,
permasalahan dan lain-lain.
-kutipan derma, ziarah-
6. PERSEFAHAMAN
Sentiasa berbaik sangka, bertolak ansur,
mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan.
-akur terhadap keputusan-
7. PERMUAFAKATAN
Saling bekerjasama, semangat berpasukan.
-gotong royong, sukan tahunan, hari kantin-
8. PERPADUAN
Mengenepikan perasaan ethnocentric dalam kalangan warga sekolah.
-tidak bias dan tiada diskriminasi-
9. PERSAUDARAAN
Semua warga adalah bersaudara.
-membantu sesiapa sahaja yang menghadapi musibah/memerlukan-
10. KESEPUNYAAN
Sekolah adalah milik bersama
-Sekolahku Rumahku-
11. KEMESRAAN
Mudah didampingi, diterima.
bersikap peramah, terbuka, mudah senyum-
12. KEPUASAN
Kejayaan sekolah milik bersama.
-meraikan kejayaan, bersyukur-
13. KESERONOKAN
Sentiasa gembira dan senang hati semasa berada di sekolah.
-P&P yang menarik, sekolah kondusif-
14. KESABARAN
Sentiasa memiliki daya ketahanan yang tinggi
dan tabah berhadapan dengan cabaran.
-tidak berputus asa, tawakal dan redha-
PPD JOHOR BAHRU
JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK
80100 JOHOR BAHRU
bunga-bunga berguguran
-amaza-