29 Feb 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012



Mesyuarat Agung PIBG ke-17 sesi 2010-2012
dan Hari Anugerah Kecemerlangan sesi 2011
pada 25 Februari 2012
di Dewan Ibnu Sina SK Taman Universiti 2, Johor Bahru
Majlis Dirasmikan oleh Tuan Hj Hassan bin Hj Shabudin
Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.













-amaza-

27 Feb 2012

NILAM




27 Februari 2012
Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah
Nadi Ilmu Amalan Membaca
-satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca
yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan-

Matlamat Program NILAM
-adalah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid-

Objektif
-Menjadikan murid banyak membaca-

-Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif
dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca-









maaf nasyrah, tak ada pic murid-murid
jadi cikgu-cikgulah yang kena membaca lebih-lebih

-amaza-

26 Feb 2012

...pulangkan



-in your heart-


apabila dia sunyi,
perlahan-lahan dia minta pinjamkan telinga,
-dengar ceritanya habis-habis
-dengar kisahnya habis-habis
-dengar tentang lukanya habis-habis
akur
mudah-mudahan dia lega


apabila dia rindu,
perlahan-lahan dia minta pinjamkan hati,
-biar rasa apa yang dia rasa
-tanggung apa yang dia tanggung
-genggam apa yang dia genggam
akur
mudah-mudahan terlerai rindu dia.


apabila dia sedih,
perlahan-lahan dia minta pinjamkan mata,
-lihat apa yang dia lihat
-tengok apa yang dia tengok
-nampak apa yang dia nampak
-kongsi airmata bersama-sama
akur
moga-moga dia cepat sembuh


tak kala dia mendapat cahaya,
dia hanya meninggal pesan,
-berdiri disana jauh-jauh,
-tutup mulut rapat-rapat,
-berlalulah diam-diam,
-tanam semua dalam-dalam
akur
dan saya semakin penat.



kita berkongsi warna mata
.....tidak warna hati.
-amaza479-

22 Feb 2012

...persaraan hjh zai


Pn Hjh Zairiyah bt Dirin
GPK Kurikulum SKTU2
23 Feb 1956 - 23 Feb 2012


Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu


...bagaimanakah nanti
debaran dalam kereta...





ketibaan yang diraikan
dengan diiringi anak-anak yang comellllll......

memeriksa perbarisan pengawas sekolah
dan pengawas perpustakaan



barisan gpk yang mantap dan cantik...
mana gb nii


...ucapan terakhir untuk anak-anak
dan adik-adik yang akan ditinggalkan
ehh kenapa ada orang lari kebelakang waktu ini....

kita menghindar
kita semakin merindui.



hjh zai dipelaminan
akan adakah lagi saat-saat begini disini...



hari demi hari
jamuan demi jamuan
kita berjaya mengumpul ......





Anak-anak tersayang.
Adik-adik tersayang...
yang kadang-kadang hilang dari pandangan...


Jaga kesihatan baik-baik...
Jaga diri baik-baik...
Sakit makan ubat...


Ada sesiapa yang teringin duduk di sini...
Silakan....silakan...



selagi ada hayat
...pasti akan bertemu semula.

-amaza-

9 Feb 2012

... paku





cerita ustaz semalam:

...ayah,
bagaimana untuk meredakan marah saya...
bagaimana untuk tidak melukakan orang lain apabila saya marah-marah...

anakku,
ambillah sebatang paku...
setiap kali kamu marah...
ketuklah paku itu pada dinding..
semoga kemarahan kamu reda... hilang...di situ...

...ayah,
lihatlah dinding itu...
penuh dengan paku
berpuluh-puluh...beratus-ratus...
saya rasa lega ...
dan
dinding itu tiada lagi ruang untuk yang baharu...

anakku,
cabutlah semula paku-paku itu...
lihatlah apa yang kamu tinggalkan...
meski marah itu hilang...
parut tanda tetap ada...
...pada hati kamu
...pada hati mereka

Maha Suci Allah...


-amaza479-