28 Jan 2012

Jangan Ada Benci



Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus dipertengahan
Jangan dikesalkan

Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan
Ungkit mengungkiti
Sakit menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Ungkit mengungkiti
Sakit menyakiti
Memusnahkan diri

Andainya ada diantara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Di sudut hati
.......
....
..
.




-amaza479-

26 Jan 2012

...hati lagi


Ehsan dari seorang rakan:




"Sesiapa yang melakukan satu dosa,
maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam,
sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat
maka titik hitam itu akan terus merebak
hingga seluruh hatinya menjadi hitam"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)


Abdullah bin Abbas berkata ;
'Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah.
cahaya dihati,
kelapangan dalam rezeki,
kekuatan badan,
dan perasaan cinta dihati.

Sedangkan
dosa itu
mendatangkan kesuraman pada wajah,
kegelapan dihati,
kelemahan badan
kekurangan rezeki,
kebencian dihati manusia."


thanks
by
Suke suke suke suke suke suke sgt





rindu Dia...tunggu ya
-amaza-

24 Jan 2012

...antara dua


kerja2 cuti raya cina
kerja2 cuti sekolah
kerja2 cuti sem.
seronok bercuti disini
mcm antara 2 darjat jee....











-amaza479-

22 Jan 2012

...bakau


suka yang ni
heee



























pewaris
mesti kuat

-amaza-

19 Jan 2012

a @ z


Catatan ini dari fail seorang salesman
Kalian semua dapat produk
tapi saya dapat yang ini pun bagus jugak.
Baca sama-sama ya.


A:Accept
Terimalah diri sebagaimana adanya.

B:Believe
Percayalah terhadap kemampuan diri
untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup

C:Care
Ambil berat terhadap orang sekeliling kamu
agar mereka juga akan membuat perkara yang sama untuk kamu.

D:Direct
Arahkan fikiran pada hal-hal positif
yang boleh meningkatkan kepercayaan diri.

E:Earn
Terimalah penghargaan yang diberi orang lain
tanpa ada perasaan riak
sebaliknya teruslah berusaha menjadi yang terbaik.

F:Face
Hadapi masalah dengan berani dan yakin

G:Go
Bergerak menuju kebenaran

H:Homework
Melakukan homework sebelum memulai sesuatu kerja itu
adalah langkah paling penting untuk pengumpulan informasi.

I:Ignore
Abaikan apa sahaja yang menghalang jalan kamu
untuk mencapai tujuan.

J:Jealously
Rasa iri hati akan membuatkan kamu tidak menghargai kelebihan diri sendiri,
jadi HINDARIlah

K:Keep
Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.

L:Learn
Belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.

M:Mind
Jaga urusan sendiri
dan tidak menyebar gosip tentang orang lain.

N:Never
Jangan pernah QUIT dan PUTUS ASA

O:Observe
Amatilah segala hal di sekeliling.
Perhatikan, dengarkan,
dan belajar dari orang lain.

P:Patience
Sabar adalah kekuatan tak ternilai
yang membuat kamu terus berusaha.

Q:Question
Pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar
dan menambah ilmu

R:Respect
Hargai diri sendiri dan juga orang lain.

S:Self confidence, self esteem, self respect
Percaya pada diri sendiri, mempunyai keyakinan yang tinggi,
dan menghormati diri.
Tiga elemen tersebut akan membebaskan kita dari saat-saat tegang.

T:Take
Bertanggungjawab pada setiap tindakan yang kamu lakukan.

U:Understand
Fahami bahawa hidup itu pasti akan ada naik dan turunnya.

V:Value
Menilai diri sendiri sendiri dan orang lain,
agar sentiasa dapat melakukan yang terbaik.

W:Work
Bekerja dengan bersungguh dan jangan lupa berdoa.

X:X'tra
Usaha yang lebih keras pasti akan membawa hasil.

Y:You
Kamu...
harus percaya bahawa kamu dapat
membuat sesuatu yang berbeza.

Z:Zero
Tiada usaha
tiada hasil...


sila pilih aksara masing-masing


hanya insan biasa
-amaza-




16 Jan 2012

jaga diri ...


Saya biasa mengingatkan
"selalulah berlapang dada
terima segalanya seadanya..."
tetapi
apabila tertimpa dibahu sendiri
terluka
hanya kerana
sepatah kata
saya terpaksa
sembunyikan tangan juga

...menunggu sembuh
...menunggu sejuk
...menunggu rindu kembali lagi
maaf.


-serak suara... pedih mata
kehilangan sesuatu-
amaza

13 Jan 2012

...kenanglah



Ada orang bertanya-tanya
kenapa masih tidak dilupakan kenangan
perlukah begitu...

bukankah kenangan itu
satu pengajaran
mengajar menjadi dewasa
mengajar menjadi manusia
mengajar menghargai
mengajar baik dan buruk

menilai manis dan masam
menilai budi dan hati
sakit bukan dipiat emak
tapi
ada senyum disitu
ada sayang disitu
ada kasih disitu
ada rindu disitu
payahkah mengakui...

simpanlah selagi terdaya
pada setiap yang kamu ada
ia akan ada
percayalah

singkaplah topeng...



(thanks hazman halid)

kalaulah en isa suruh pgsr mainkan lagu ini, boleh tergolek-golek
kita semua rasanya ... heee


-amaza-

5 Jan 2012

...demi


hari pertama persekolahan 2012
biarlah gambar yang bercerita...













dihati sematkan pesanan
ingat abg, tetap sayang.. eeh!
-amaza479-

1 Jan 2012

...seribu kali sayang


catatan ke-100

kawan, sahabat, teman
tempatnya
bukan dihujung jari
bukan dihujung pena
bukan dihujung bibir
bukan dihujung lidah
bukan dihujung mata
bukan dihujung kata

tapi
penuh kasih didalam
hati.


-senyum dan syukur-
amaza479