29 Nov 2011

...menjelang 365 hari



masih ternampak senyumannya
-masih terdengar-dengar suaranya-

17.12.2010

-sehari, dua hari, beberapa hari,
seminggu, dua minggu, empat minggu,
sebulan, dua tiga bulan, empat bulan, setengah tahun,
menjelang 365 hari -

masih adakah air mata
sudah keringkah air mata




al-fatihah
-amaza479-

26 Nov 2011

jauh di sudut hati ...





Untuk seorang sahabat:

yang pernah berlari
dan jatuh bersama-sama

yang pernah ketawa
dan menangis bersama-sama

yang pernah melihat ombak dan pantai
pasir dan siput bersama-sama

yang pernah merindu
dan melerai bersama-sama

yang pernah menumpang bahu
dan lena bersama-sama

yang pernah berjanji
dan masih berjanji


bahawa
hidup ini tidak seperti yang diharapkan
langkah ini tidak lagi sama derap hentakan
impian tidak pernah kesampaian

kerana
kita bukan siapa-siapa

yang ingin mendakap
apa yang disimpan oleh
Dia ...





...bersama kita bercinta ke syurga
kerana dunia adalah mimpi kita...

-amaza479-

18 Nov 2011

Tuaian 2011


17 Nov 2011
Pengumuman keputusan UPSR 2011
di Dewan Ibnu Sina, SK Taman Universiti 2, Skudai Johor.
Yang cemerlang tahniah... yang kurang menyerlah teruskan usaha kalian.
Perjalanan ke menara gading masih jauh.
Anda esok,
ialah anda hari ini...

Barisan pelajar yang berjaya memperolehi 5A dalam ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) 2011 bersama guru-guru.
Tahniah.

Hadiah persaraan yang sangat dibanggakan.

Wajah-wajah keriangan.
Berbaloi segala penat lelah masing-masing.

Penyampaian slip keputusan UPSR 2011

Penyampaian slip keputusan UPSR.

Menanti dengan penuh sabar.
Senyum pun macam tak senyum je...

Ibu bapa yang turut hadir dalam majlis penyampaian slip UPSR.
Macam tahu-tahu je anak dapat 5A eaa.

Cikgu-cikgu tumpang gembira.

Saat-saat yang mendebarkan.
Pengiraan peratus pencapaian dan bilangan murid yang mendapat 5A.


-amaza-


3 Nov 2011

... dia kata


dia kata...

ada esak dalam lena

dia kata...
ada air di tubir mata

dia kata...
ada rindu diwajah nyata

dia kata...
ada tangis dalam tawa

dia kata...
biar parut
ingatkan luka

dia kata...


-479-