14 Jul 2011

masihkah kau ingat ...


-kamu suka gitar...
saya hadiahkan bersama lagu ini-


lagu yang sering dinyanyikan oleh anak-anak semasa program motivasi di sekolah-sekolah. kekadang terasa sayu apabila mendendangkan bersama-sama di akhir program sambil menggenggam erat tangan para sahabat

kenapa lagu ini?
mungkin ...

sangat lunak didengar
indah bahasa
dalam makna
ada memori
cikgu suka... heee

-jom sama-sama-

masihkah kau ingat
pada waktu itu
sekuntum bunga mekar
ku selit ke rambut mu

masihkan kau ingat
ia menjadi mimpi
dan menjadi rindu
masihkah kau ingat

masihkah kau ingat
kita berlari-lari
di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun
kita basah bersama
masihkah kau ingat
masihkah kau ingat

masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
di tapak tangan ini
ia menjadi layu

lalu ku genggam
ia menjadi debu
masihkah kau ingat
masihkah kau ingat


masihkah kau ingat
-amaza-

8 Jul 2011

usia ...

09.07.2011
"Alhamdulillah
masih dikurniakan menghirup udaraNya sampai kewaktu ini"



Kira
berapa lagi yang sisa
menghitung hari-harinya
membilang detik-detiknya

Tasbih yang dibekal
bolehkah mencuci dosa
cukupkah untuk mengira syukur
wajarkah untuk sebuah kemaafan
pada
waktu-waktu dulu

yang sia-sia

Yang tinggal ini
mohon dipermudah
mohon diberkati
mohon diizinNya
untuk satu hari meski ...




-amaza-

3 Jul 2011

crk - jb.. melaka.. kl.. jb

selamat sampai ke melaka
tiba jam 1030 malam

tempat kakak selama 3 tahun nanti

macamana nak angkat barang satu almari ni
issshh... issshh...

check list yang pertama
borang lengkap

dalam bilik pendaftaran

angah tolong mengisi borang kaji selidik lak ...

masih sempat posing lagi

kakak yg tension


anak manja yg akan ditinggalkan
misi kena kuatkan hati ya

bye kakak,
tiga tahun x lama,
nanti blh jaga abah dan ibu
sob... sob... sob...

menziarahi rakan-rakan di sini

pemandangan dari bilik penginapan
USJ 8

sarapan jam 930 pagi di restoran ubi kayu, pj
macam2 ada
tapi makan jemput2 pisang je
save duit pak ngah, nurul

angah dan abah yang kekenyangan
peace no war

sampaikan hajat untuk bertemunya
al-fatihah, semoga aman di sana


bersama anakanda along yang semakin kurus
cepat2lah blk jb lak

abah yang sedang memberi tazkirah
-berapa yang mama nak perabis hari ni ekk-

bersama bunga yang xjadi dibeli

troli kosong je
tak tahu nak beli apa

berebut nak bayar parking

terima kasih kepada pemandu pelancong yang menghantar hingga ke tol sungai besi
tak tahulah kalau sesat lagi
cid megat dan pn nurul