26 Mar 2011

Ada







Dia hanya angin

bukan guruh halilintar

yang mendebar dada

tidak

juga salju





-amaza-






Renung-renungkan ...



Seseorang Yang Tidak Tahu Dan Sedar
Apa Yang Tidak Diketahuinya Adalah
Bodoh
Jauhi Diri Daripadanya


Seseorang Yang Mengetahui
Tetapi Tidak Tahu
Apa Yang Diketahui Olehnya
Adalah Sedang Terlena
Bangunkan Mereka


Seseorang Yang Tidak Tahu Dan
Tidak Tahu Apa Yang Diketahuinya
Adalah Jahil
Bimbinglah Mereka


Mereka Yang Mengetahui
Tahu Apa Yang Diketahuinya
Dan Akan Menambah Pengetahuannya
Adalah Seorang Yang Bijak
Pelajari Daripada Mereka


Seseorang Yang Mengetahui
Dan Tahu Apa Yang Diketahuinya
Adalah Seorang Pemimpin
Contohi Mereka



Falsafah


1 Mar 2011

Siapa Aku Di Depan Tuhanku




Subuhnya:
dimana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fkiran terus bercelaru terlupa
aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku.


Zohornya:
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika ku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku.


Asarnya:
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan
si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku.


Maghribnya:
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku.


Isyaknya:
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhanku.


Kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang

Di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

Minggu Anti Dadah/Rokok Peringkat Sekolah - 1



Kenapa anda membuat keputusan
untuk berhenti merokok?

Align Centre

Hidup lebih lama
Satu daripada dua perokok akan mati lebih awal.
Merokok membunuh hampir 5000 rakyat Malaysia setiap tahun.

Menghindari racun
Asap rokok mengandungi hampir 4000 bahan kimia dan 50
daripadanya boleh menyebabkan kanser.

Mencegah penyakit
Kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit bronkitis kronik, emfisima, strok dan ulser perut adalah antara penyakit-penyakit berbahaya yang berkaitan dengan rokok.

Lebih sihat
Bukan perokok jarang mengalami jangkitan paru-paru
dan penyakit pernafasan yang lain berbanding dengan golongan perokok.

Melindungi orang lain
Apabila anda merokok orang disekeliling anda juga turut menyedut asap rokok tersebut. Kesannya sama seperti perokok.

Menjadi teladan yang baik
Kanak-kanak lebih cenderung untuk merokok sekiranya salah seorang
atau kedua-dua ibu bapa mereka merokok.

Anak-anak lebih sihat
Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap menghadapi penyakit salur pernafasan. Mereka juga lebih kerap mengalami gangguan iritasi pada mata, hidung dan tekak, dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kahak.

Meningkatkan kecergasan
Merokok menjejaskan kecergasan anda

Meningkatkan deria rasa dan hidu
Apabila anda berhenti merokok keupayaan deria untuk merasa
dan menghidu kembali pulih seperti sediakala.

Kulit yang lebih sihat
Merokok mengakibatkan kulit tidak berseri dan cepat berkedut
terutamanya di bahagian keliling mata dan mulut.

Nafas lebih segar
Nafas anda akan lebih segar dan tidak berbau busuk.

Gigi lebih putih
Ia menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat
dan menjejaskan senyuman anda.

Rambut dan pakaian tidak berbau busuk
Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda.

Menjimatkan wang
Perokok yang menghisap rokok sekotak (14 batang) dalam sehari
boleh menjimatkan wang hampir RM1OOO.00 setahun.

Melindungi alam sekitar
Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar.

Kesuburan kaum lelaki meningkat
Kajian menujukkan kesan daripada amalan merokok
boleh menyebabkan kelainan pada sperma yang menyebabkan kurang kesuburan.


sumber: KSM