2 Feb 2011

Kini terasing luka ...

Langit kita tidak sama ......

Terasing

Kegelisahan di dalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku
Kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka.



Menjelang pemergiannya
22 Februari
1992
al-Fatihah

-amaza-