22 Jan 2011

Pesan mama - ibu




Kau dibuai mimpi dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang ia semakin tua
membilang usia

Disaat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda

Engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia

Disaat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda

Leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang .

(jasa bonda - warisan)



19 Jan 2011

Jika ia sebuah cinta


Kata-kata tertera yang mengundang kami terhenti sementara di meja itu

- rezeki tahun baru
- haha kenapa kawan kita ni
- sudah terlewat rasanya
- ada apa-apa masalah sayang



Jika ia sebuah cinta ......

ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa

Jika ia sebuah cinta ...
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

Jika ia sebuah cinta ...
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha

Jika ia sebuah cinta ...
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati

Jika ia sebuah cinta ...
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata

Jika ia sebuah cinta ...
ia tidak hanya berjanji
namun sentiasa memenangi

Jika ia sebuah cinta ...
ia tidak hadir dengan permintaan
namun hadir kerana ketentuan.



-amaza-


9 Jan 2011

Hati kita

Jaga hati kamu baik-baik
... jangan ada luka
... jangan ada duka


"Carilah hatimu pada tiga tempat. Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah ia ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak juga kau temui, maka berdoalah kepada Allah, meminta 'hati yang baharu' kerana hakikatnya ketika itu engkau tidak mempunyai hati,"

Imam Al Ghazali



Tegur aku jika aku telah lalai pada perintah Allah. Tegur aku jika aku mulai sombong. Tegur aku jika aku mulai angkuh. Tegur aku jika aku ada salah. Tegur aku jika aku telah melupaimu ...
Hati tabahlah.




-amaza-