29 Dec 2011

La Tahzan


Ya Allah
gantikan kepedihan ini
dengan kesenangan
jadikan kesedihan itu
awal kebahagiaan
dan sirnakan rasa takut ini
menjadi rasa tenteram.




hati kita
-amaza479-

25 Dec 2011

...cuti2 kuliah

17 November 2011 - 23 Disember 2011
semester yang paling berat antara beberapa tahun
terasa macam ...



romai, latif, rahim, aris, rahman, ismadi, mokhtar, saiful, rashid, katni, abg,
ana, noriah, dila, com, ila, piah, mahani, ani, noreha, aidah, nishak, mas, ezan, zu..
suka duka sepanjang kuliah
rindu kalian semua
lagi setahun ...
setahun lagi ...


pantai Telok Gorek Mersing
camp site
cantik
sepi

semua bergembira
seronok BIG cikgu-cikgu ni


satu-satunya pasukan kayak darat dunia
nasib tak apa-apa
heee

ada gaya cikgu rahim
pasukan kita menang 32 pin
orang PJ pun kalah

khidmat masyarakat di SK Penyabung
buat sehabis baik

suka-suka di pantai
beberapa hari sebelum exam
tensionnnnnnnn

taklimat awal di dewan terbuka
baju hijau PGSR BM


tersangatlah suka dapat duduk dalam khemah
tengah malam nyenyak bersama hujan


yeeeh, siap pun khemah
tapi untuk orang lainnn

muzik dan gerakan
bergerak macam robot.. heeee

ewah... ewah
KO ... senyum memanjang

at bilik kuliah

gpk-gpk sedang menyiapkan tugasan
cepat2, jab lagi lect. nak tengok

bincang jangan tak bincang

kelas micro muzik
sebijik-sebijik keluar dalam peksa
aaaah kami lupaaaaaa


ada lagi yg belum dimuat turun
ingin sangat bercuti saat-saat ini
penat lelah letih keliru sakit
maaf.

-jari atas jari-
rindu
amaza479

29 Nov 2011

...menjelang 365 hari



masih ternampak senyumannya
-masih terdengar-dengar suaranya-

17.12.2010

-sehari, dua hari, beberapa hari,
seminggu, dua minggu, empat minggu,
sebulan, dua tiga bulan, empat bulan, setengah tahun,
menjelang 365 hari -

masih adakah air mata
sudah keringkah air mata




al-fatihah
-amaza479-

26 Nov 2011

jauh di sudut hati ...





Untuk seorang sahabat:

yang pernah berlari
dan jatuh bersama-sama

yang pernah ketawa
dan menangis bersama-sama

yang pernah melihat ombak dan pantai
pasir dan siput bersama-sama

yang pernah merindu
dan melerai bersama-sama

yang pernah menumpang bahu
dan lena bersama-sama

yang pernah berjanji
dan masih berjanji


bahawa
hidup ini tidak seperti yang diharapkan
langkah ini tidak lagi sama derap hentakan
impian tidak pernah kesampaian

kerana
kita bukan siapa-siapa

yang ingin mendakap
apa yang disimpan oleh
Dia ...





...bersama kita bercinta ke syurga
kerana dunia adalah mimpi kita...

-amaza479-

18 Nov 2011

Tuaian 2011


17 Nov 2011
Pengumuman keputusan UPSR 2011
di Dewan Ibnu Sina, SK Taman Universiti 2, Skudai Johor.
Yang cemerlang tahniah... yang kurang menyerlah teruskan usaha kalian.
Perjalanan ke menara gading masih jauh.
Anda esok,
ialah anda hari ini...

Barisan pelajar yang berjaya memperolehi 5A dalam ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) 2011 bersama guru-guru.
Tahniah.

Hadiah persaraan yang sangat dibanggakan.

Wajah-wajah keriangan.
Berbaloi segala penat lelah masing-masing.

Penyampaian slip keputusan UPSR 2011

Penyampaian slip keputusan UPSR.

Menanti dengan penuh sabar.
Senyum pun macam tak senyum je...

Ibu bapa yang turut hadir dalam majlis penyampaian slip UPSR.
Macam tahu-tahu je anak dapat 5A eaa.

Cikgu-cikgu tumpang gembira.

Saat-saat yang mendebarkan.
Pengiraan peratus pencapaian dan bilangan murid yang mendapat 5A.


-amaza-


3 Nov 2011

... dia kata


dia kata...

ada esak dalam lena

dia kata...
ada air di tubir mata

dia kata...
ada rindu diwajah nyata

dia kata...
ada tangis dalam tawa

dia kata...
biar parut
ingatkan luka

dia kata...


-479-

11 Oct 2011

Perkhemahan 2011

Bunga comel yang dijumpai semasa perkhemahan
selalu diinjak-injak
-semalu-

Operasi mendirikan khemah semasa panas terik
tapi sayang
hujan di petang hari ....


Makan malam pertama
Agak sejuk akibat hujan seharian

Latihan kawad mengikut unit-unit beruniform

Pertandingan kawad kaki antara unit-unit beruniform

Malam kebudayaan
Cikgu-cikgu pun kena turut serta

Antara adegan-adegan yang dipersembahkan
Serba boleh dan berbakat

Acara sukaneka
macam-macam ada

Acara baling belon air
yesss - tice syana basah kuyup

Antara para pengadil yang berat sebelah
hahaha

Pertandingan memasak.
Rasa-rasa bukan murid yang masak tapi cikgu-cikgunya
tidak tak makanlah semua
-kerja kerja mak tiri kata-

Sup ayam belah 3 - sedap
Telur dadar cikgu asri - eerm
Ayam goreng puteri islam - hangusssss

Pertandingan menghias masakan
Cikgu gak yang buat
Murid pegang-pegang je

Sedang menikmati hidangan tengah hari
Sedap aje kalau dah lapar kan

Bersedia untuk berangkat pulang
Terima kasihlah kepada semua yang membawa peralatan memasak
tahun depan jumpa lagi
tahun 6 tinggal kenangan

Antara mereka yang terakhir di tapak perkhemahan
Tukang sibuk-sibuk

Kenangan untuk para peserta
Perkhemahan Unit-unit Beruniform 2011
7 - 8 Oktober 2011



Antara lagu-lagu yang dimainkan untuk latar persembahan
malam kebudayaan
-suka-


tetap di hati
-amaza479-

18 Sept 2011

Izinkan Ku Pergi


Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara
Kerana dia
Tiada niatku

Maafkan aku
Duhai kasih
Izinkan ku pergi



s


...tetap bukan milik kita.


-amaza479-

26 Aug 2011

...lebaran ini


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
kepada semua anak didik di SK Methodist (L) Jln Hang Jebat KL,
SK Masai Pasir Gudang Johor,
SK Permas Jaya 1 Johor Bahru,
SK Taman Universiti 1 Skudai Johor,
dan SK Taman Universiti 2 Skudai Johor
serta rakan-rakan kuliah di MPTAA Kuantan, Pahang
dan PGSR (BM) IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru.

-semua dalam ingatan-


Untuk abang long, kak nor, gee dan chah
semoga tabah menyambut lebaran ini tanpa orang tersayang buat pertama kali.
Mudah-mudahan anak-anak menjadi semangat kalian.

-Yang pergi hanya mendahului sedikit daripada kita-




salam di kejauhan
-rindu-

amaza