16 Jul 2010

KepadaMu Kekasih






































KepadaMu kami sujud Ya Allah
Ampunilah dosa-dosa kami.

Terimalah doa-doa kami.



10 Jul 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

09.07.10-10.07.10
Jumaat & Sabtu
SK Taman Universiti 2
Sabar menunggu arahan


Berkhemah ke nak pindah ...

Simpan cawan amanah baik-baik



Seronoknya duduk dalam khemah



Cantik gigi

Jangan ikat kuat-kuat nanti jatuh ...



Cari gula-gula dalam tepung




Dannnnn inilah hasilnya, syafiq lagi



Sambut air dalam belon




Malam kebudayaan
Kumpulan dikir barat- PBSM

Tarian endang .............. Tunas Puteri



Hari kedua
Jurulatih utama poco-poco


Ikut rentak ya



Yang penting kerjasama



Spider web


Merangkak kak, hujan pun hujanlah.....


Seronok jugak sekali sekala macam ni kan



Tengok, kem komandan marah
Sila ikut arahan


Bakal cheplos kedua, sian dia



Puteri Islam berjaya menangkap pocong, yes-yes


Tengok-tengok, UFO nak mendarat


Majlis penutup dan penyampaian hadiah.
Perkhemahan ke, english day hjh.

Nota: Sorry Hjh Haedah
salah bidang lak



















8 Jul 2010

Cemerlang.... GALUS

Sempena Hari Terbuka Sekolah telah diadakan perjumpaan antara pentadbir dan ibu bapa murid-murid cemerlang dan GALUS. Perjumpaan diadakan dalam dua sesi. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir. Anak-anak tanggung jawab kita bersama.

8.00 pagi - 10.00 pagi
8 Julai 2010



Guru besar Pn Hjh Juarah bt Abdullah sedang menyampaikan taklimat kepada ibu bapa



En Khalid selaku wakil ibu bapa menyampaikan ucapan beliau dengan penuh bersemangat. Sokongan kalian kami hargai.

Antara kaum ibu yang hadir




Bapa-bapa yang gagah perkasa.




Adik pun nak dengar perkembangan abang dan kakak di sekolah


AKTIVITI SAMPINGAN
Jualan BKGP
Sekadar gambar yang ada, yang lain jangan marah


Ida, imah dan nani, simpan sikit untuk kakak...





Gerai jualan kuih muih. Jam 7.00 dah beroperasi.




Taukeh nasi amal, kira duit nampak. Tahun depan tukar menu lak
Tahun depan tukar sekolah ros?


Finish already. Untung ribu-ribu...

Terima kasih jaga gerai











1 Jul 2010

email seorang teman

09.07.10
menghitung hari-hari terakhir perjalanan .... siapa mendahului...

Al-Fatihah

7 Perkara ganjil yang
pernah dialami seorang
"Penggali kubur"

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah
menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.

Pada suatu hari, pemuda tersebut
berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadat untuk
menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada
Allah s.w.t

Dia berkata
'Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu,
dan ingin sekali bertaubat.

Yang pertama, aku lihat mayat,
yang pada siang harinya menghadap kiblat,
tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,
aku lihat wajahnya,
telah membelakangkan kiblat.

"Mengapa terjadi begitu,
wahai tuan guru" tanya pemuda itu

"Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang telah mensyirikkan
Allah s.w.t sewaktu hidupnya.
Lantaran Allah s.w.t menghinakan
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat,
bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain"
jawab ahli ibadah itu.

Sambung pemuda itu lagi,
Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok
semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahat. Tatkala malam
hari, ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka
telah bertukar menjadi ****

Mengapakah begitu halnya,
wahai tuan guru?

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan
dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya"

Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisap. Jika sempurna
solat, maka sempurnalah amalan kita yang lain.

Pemuda itu menyambung lagi, ''Wahai tuan guru, golongan yang ketiga
yang aku lihat , pada waktu siang mayatnya
kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam,
kulihat perutnya terlalu gelembungnya,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu"

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,"
balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat," ku lihat mayat, yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t sama sekali tidak redha
kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar
segala isi dari tubuh badannya, " sambung pemuda itu

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan
pertengkaran dan tidak bertegur sapa
lebih daripada 3 hari"

Bukankah Rasullullah s.w.t pernah bersabda,
"Bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi
3 hari, bukanlah mereka termasuk dalam golongan umat baginda"

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siang lahadnya kering kontang. Tatkala malam,
ketika aku menggali semula kubur itu, kulihat
air hitam yang amat busuk baunya."

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba
sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah itu.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat,
mayatnya sentiasa tersenyum, dan berseri-seri pula wajahnya.
Mengapa demikian halnya wahai tuan guru," tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut,
"Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka
beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka."

Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan
disisi Allah s.w.t, baik sewaktu hayatnya
mahupun sesudah matinya.

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali.

Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap
amal yang kita lakukan, hatta walaupun
amalan sebesar zarah.


Thanks
Ihsan/Taiping
amaza48