Subuhnya: dimana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fkiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhanku.
Zohornya: aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika ku menggadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhanku.
Asarnya: aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhanku.
Maghribnya: aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhanku.
Isyaknya: kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan menggangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhanku.
Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang
Di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.
Hidup lebih lama Satu daripada dua perokok akan mati lebih awal.
Merokok membunuh hampir 5000 rakyat Malaysia setiap tahun.
Menghindari racun
Asap rokok mengandungi hampir 4000 bahan kimia dan 50
daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah penyakit Kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit bronkitis kronik, emfisima, strok dan ulser perut adalah antara penyakit-penyakit berbahaya yang berkaitan dengan rokok.
Lebih sihat Bukan perokok jarang mengalami jangkitan paru-paru
dan penyakit pernafasan yang lain berbanding dengan golongan perokok.
Melindungi orang lain Apabila anda merokok orang disekeliling anda juga turut menyedut asap rokok tersebut. Kesannya sama seperti perokok.
Menjadi teladan yang baik Kanak-kanak lebih cenderung untuk merokok sekiranya salah seorang
atau kedua-dua ibu bapa mereka merokok.
Anak-anak lebih sihat Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap menghadapi penyakit salur pernafasan. Mereka juga lebih kerap mengalami gangguan iritasi pada mata, hidung dan tekak, dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kahak.
Meningkatkan kecergasan Merokok menjejaskan kecergasan anda
Meningkatkan deria rasa dan hidu Apabila anda berhenti merokok keupayaan deria untuk merasa
dan menghidu kembali pulih seperti sediakala.
Kulit yang lebih sihat Merokok mengakibatkan kulit tidak berseri dan cepat berkedut
terutamanya di bahagian keliling mata dan mulut.
Nafas lebih segar Nafas anda akan lebih segar dan tidak berbau busuk.
Gigi lebih putih Ia menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat
dan menjejaskan senyuman anda.
Rambut dan pakaian tidak berbau busuk Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda.
Menjimatkan wang Perokok yang menghisap rokok sekotak (14 batang) dalam sehari
boleh menjimatkan wang hampir RM1OOO.00 setahun.
Melindungi alam sekitar Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar.
Kesuburan kaum lelaki meningkat Kajian menujukkan kesan daripada amalan merokok
boleh menyebabkan kelainan pada sperma yang menyebabkan kurang kesuburan.